Nama Tempatan: Kari
Nama Saintifik: Murraya Koenigii
Nama Lain: Karipulei, curry leaves
Famili: Rutaceae
Lokasi dijumpai: Diperkarangan rumah
Keterangan:
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari.
Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi:
66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
Kegunaan:
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.
Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban.
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.
6 comments:
I cannot wait for my pokok kari to arrive. My office mate bagi sepokok untuk I tanam kat rumah. Bestnya. I suka goreng daun kari ni and masukkan dalam balang I simpan kuh gunting atau kuih siput. Harum baunya.
one of my signature dish...Rendang kicap daun kari
:D
pokok kat rumah tu bleh easily togel dikerjakan dek saya
klu buat kuih siput sedap ni guna daun kari yg fresh yumm..yumm..teringat plk time raya hehe
Salam kak Liza, sy nie silent reader akak, suka baca blog akak dan mencuba masakan yg dipaparkan disini. CAkap pasal daun kari, sy ada menanam pokoknya dibelakang rumah. Pertanyaan sy macamana nak buang ulat2 yg memakan daun kari saya? Teragak nak masak guna daun kari, sy tak dpt nak ambil sebab byk daun2nya dah dimakan ulat. Ada petua tak? Terima Kasih.
kak liza
saya suka makan pucuk daun kari.
cicah sambal belacan.
mmg sedap.
ubat untuk ketiak berbau.
tapi sekarang susah nak cari pokok daun kari kat KL ni.
balik rumah mak , barulah dapat makan pucuk daun kari fresh.
betul ke ubat kencing manis?
nak kena tanam ni dalam pasu!!
sis pinjam jap ek gambar daun kari ni, nak wat en3 kat blog saya...
Post a Comment