sesiapa yg tak pernah datang atau tinggal di Terengganu tentu akan janggal dengan kueh ini..
tapi yg peliknya anak-anak kakliza semuanya suka kueh ni..
kueh ni kena berhati2 semasa menggorengnya..
kena gunakan api yg paling perlahan kerana bimbang kueh akan meletup..macam bom pulak nanti...
kakliza mula belajar buat kueh ni semasa anak kakliza kecil2 lagi..
masa tu mana ada internet..
so asik buat eksperimen masak jer..
even kakliza buat keropok lekur sendiri..sampai berkilo-kilo pulak tu...
tapi le ni moood nak masak gitu agak kurang sikit la due to anak2 dah tak ramai kat umah..
PAUNG GORENG
Bahan
500 gm tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam
Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 s/k halba
1 s/k gula
garam secukupnya
Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.
4 comments:
Salam..kak liza,kenapa bila saya goreng paung ni masih meletup-letup. Saya dah guna api perlahan,tapi sukatan tepung tu saya main letak jer...ke sebab tepung jadi meletup?
Nsib baik x trbkr dpur dgn ltupnnye
Kulit tu bamcuh dgn santan.baru la tak meletop bila digoreng
Maksudnye cm mane..air tu gnti sntan @ bile da bulat2kan celup sntan..maaf la..minat kuih nie,bru ingt nk cube buat..harap ade jawapannye..
Post a Comment