Wednesday, July 09, 2008

Ketupat Sotong

minggu lalu adalah minggu terakhir anak dara kakliza bersama kakliza..
Khamis ni kakliza sekeluarga akan ke Shah Alam untuk menghantar dia masuk semula ke U..
sure sunyi balik la rumah kakliza kerana takder sapa nak berceloteh ngan kakliza during day time...
dia ada bertanya mengenai rasa ketupat sotong yg kawannya dakwa sangat sedap...
so kakliza pun buatkan untuk dia makan...
masa kakliza belajar buat sotong ni dia baru jer pandai bercakap..




KETUPAT SOTONG

Bahan-bahannya:

1 kg sotong
400 gm beras pulut [rendam dalam 1 -2 jam]
5 cm halia (dimayang)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 s/b halba
4 cawan santan [1 biji kelapa]
Lidi kelapa dipotong 2 inci
1 s/k gula
garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
1. Sotong dibuangkan kulit nipisnya dan dibasuh sehingga bersih. Tos kering.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Angkat pulut dan masukkan dalam mangkuk. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers