Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU

kkliza ingin mengucapkan....

pada semua guru-guru yg mengajar kak liza dan juga anak-anak kakliza di Tadika An-Nur Kerteh/Tadika Petronas, Sek. Keb. Rantau Petronas dan Sek. Men. Rantau Petronas, Kerteh yg telah menjadikan 2 anak kkliza berjaya sampai ke IPTA dan juga anak ketiga mendapat tempat di MRSM Alor Gajah Melaka..
dan juga 2 anak yg masih di Sek. Keb. Rantau Petronas...

sebagai menghargai mereka..kakliza dan beberapa orang ibu sukarelawan akan mengadakan "majlis surprise' dalam beberapa hari lagi...[buat masa ni rahsia la kannn]

sesungguhnya jasa mereka mendidiik anak2 kakliza amat dihargai...
apapun kakliza amat berterimakasih atas jasa mereka....

zwani.com myspace graphic comments


Guru Budiman

Engkau laksana pelita di tengah malam
menyala terang dalam kegelapan
memberl sinar dalam hidupku
rela berkorban setiap waktu.

Engkau kenalkan kami bintang harapan
yang tinggi di angkasa lambang perjuangan
pahit dan getir menjadi cabaran
semangat waja telah engkau tanamkan
gig1h berjuang menempuh dugaan.

Budi dan jasamu tidak terkira
emas permata bukan bandingan
kerana lidahmu menitiskan pengorbanan
kerana bicaramu mengutus kemuliaan
kebijaksanaanmu memancarkan harapan.

Engkau laksana lilin di tengah malam
membakar d1ri menyinar kegelapan
Engkau laksana perabu di tengah lautan
membawa muatan menuju pulau kejayaan.

Engkau tak pernah meminta sebarang balasan
sekalipun hidupmu penuh sengsara
kepadamu guruku semua
kepada Ilahi kami berserah
untuk membalas jasamu kami berpasrah.

Nukilan ~ Ahmad Sarju Klang
1988






1 comment:

MamaFaMi said...

Akaklah guru masak yang paling best! SELAMAT HARI GURU masak... hehehe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers