Tuesday, February 05, 2008

Pucuk Paku Goreng Belacan


Pokok Sayur Paku ialah sejenis pakis yang hidup biak di tanah lembap di kawasan-kawasan cerah atau sedikit teduh. Pokok ini dipergunakan sebagai perubatan tradisional Melayu, dengan jusnya diminum untuk merawat demam.
Pucuknya boleh dimasak saperti sayur lemak ciliapi, kerabu, goreng belacan, rendang, atau direbus sahaja dan dicicah ngan sambal belacan.



Bahan
2 ikat pucuk paku
2 tangkai cli merah [hiriskan]
2 ulas bawang merah
3 s/b minyak
garam

Bahan Tumbuk
6 tangkai ciliapi [jika mahu pedas boleh tambah]
3 cm belacan
1 s/b udang kering

Cara
1. Pucuk paku hanya diambil daun hijau sahaja. Basuh dan toskan.
2. Tumiskan bahan tumbuk dan bawang hiris dan masakkan sehingga wangi.
3. Masukkan daun pucuk paku, cili merah dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan air dan kacau lagi sehingga sayur lembut.
5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers