Showing posts with label Pet. Show all posts
Showing posts with label Pet. Show all posts

Monday, September 16, 2013

Serbian ~ kucing anak dara kakliza



ini adalah Serbian atau dipanggil Serbi..ia kucing betina..umur anggaran 3 tahun
ia adalah kacukan kucing hutan dan kucing biasa..kawan anak dara kakliza [Azlina] bagi pada dia masa Serbian kecil lagi..masa tu Azlina tinggal di Shah Alam yang mana kawan serumahnya juga cat-lover....tapi bila dia balik duduk Kerteh dia pun bawa kucing ni balik juga .apabila Azlina kerja di Cyberjaya, dia berkongsi rumah dengan pelajar MMU jadi kami sepakat bela Serbi di Kerteh..

semasa Azlina sewa rumah di Kepong Serbian terkeluar dari rumah dan terus tak balik selama 3 minggu..puas Azlina mencari merata tempat..kami pun sedih juga tetapi apakan daya hanya terus berdoa supaya Serbian balik..akhirnya satu hari Azlina nampak Serbian merayau mencari makanan ..Azlina memanggil namanya dn mujur dia datang dan terus dia menangkap Serbian..badannya agak kurus dan bulunya keras..kesian dia..mungkin tak cukup makan dan tidur merata kot...


ni dalam perjalanan balik dari KL ke Kerteh..aceli Azlina ada bela 2 ekor kucing masa di KL dulu..dua-dua dia bawa balik Kerteh dan kami terpaksa bela walaupun kakliza dah pesan takmau bela kucing lagi..
setakat ini dalam kereta depa dua ni memang Ok..mujurlah tak meragam..atau buat hal/projek..tidur jer..

ni pula dalam perjalanan balik raya..Alkisahnya kami berhenti untuk buka puasa di masjid KT..asben kakliza saja suruh bawa turun Serbian tu tapi ikat lehernya dengan neck colar tu..tapi entah macam mana boleh terlepas..puaslah nak menangkapnya balik sampai akhirnya kakliza secara spontan buat solat hajat..kebetulan masa dok tunggu Serbian ni keluar dari lubang longkang tu ada sekumpulan kanak-kanak bermain mercun..kakliza minta dia baling mercun ke dalam lubang tu..apalagi Serbian tu terkejut dan terus keluar..anak-anak kakliza semua kejar dan Alhamdulillah berjaya menangkapnya semula....rupanya asben kakliza pun buat juga solat hajat supaya Serbian dapat semula..
itulah dia fadilat solat hajat...hanya yang membuatnya saja merasa nikmatnya..
rupanya kami telah berhenti tadi selama 4 jam..bayangkan lama sungguh..
akhirnya jam 11 malam baru kami mulakan perjalanan semula untuk balik beraya ke Kedah...
tetapi baru sekejap memandu asben kakliza mengantuk pula..kami berhenti rehat..tetapi kucing tu tetap tak boleh keluar kereta..
Alhamdulillah walaupun perjalanan selama 17 jam mereka 2 ekor tak membuat sebarang raga,..cuma kakliza tetap risau sekiranya dia buat projek dalam kereta..


Serbian biasanya bermain dengan Alakay..Alakay kucing jantan berumur 2 tahun..muda sedikit..dua-duanya kami telah buat pemandulan kerana bimbang asik beranak atau kencing merata..seronok tenguk mereka berlari..bermain dan bergurau..

ini adalah gambar terakhir yang kakliza ambil..
sekarang ni dah 5 hari Serbian menghilangkan diri..kakliza rasa sungguh sedih kerana biasalah bila kita sudah bela binatang peliharaan memang timbul rasa kasih yang mendalam..
kakliza hanya dapat berdoa supaya Serbian pulang semula..mungkin dia merajuk sebab ada kucing betina lain dok bertandang kat rumah kakliza..

Wednesday, March 23, 2011

Aerobek ~ Our Cat

kali ni kakliza sajalah nak citer bab lain dari masak..rasa-rasanya okey la kan..
sekali sekala kita citer bab lain dari masakan....

kakliza rasa kebanyakan orang mmg suka pada binatang peliharaan [pet] ..
tak kiralah samada kucing..ikan..burung..kura-kura atau apa pun binatang peliharaan yg jinak..
begitu juga tidak terkecuali ngan kami..

aceli kakliza pernah bela kucing pada suatu masa dulu..
kakliza bawa kucing tu dari KL pada 17thn lalu..tapi sayangnya dah pun mati pada usianya 16 thn..kiranya panjang betul umur kucing tu
so kkliza rasa memang takmo bela dah kucing sebab bila balik kampung kakliza terpaksa minta tolong jiran bagi dia makan..
tapi tak disangka rupanya sifat penyayang kucing ni diwarisi oleh anak2 kakliza terutamanya anak dara kakliza..


anak dara kakliza tinggal di asrama kolej di Chendering, Terengganu..
setiap hari dia memberi makan se kor anak kucing disitu..
lama-lama kucing tu pun jinak dengannya dan tak lama kemudian kucing itu beranak pula..
dia menjaga dengan baik dan seminggu selepas beranak kolej akan ditutup..
dengan perasaan tak sampai hati ..dia memasukkan kucing tu dan 4 ekor anaknya yg masih belum buka matanya dalam kotak dan membalut dgn kain langsir untuk dibawa balik kerumah tanpa merujuk pada kami..
semasa dalam bas [dalam perjalanan dari KT ke Kerteh] ada juga org bertanya pada dia..apa dalam kotak..ada bunyi2 tu..arnab ker..
dgn senyum dia cakap..kucing dan anaknya..terkejut makcik tu...



aceli kakliza tak berapa minat nak bela dah..
tapi dia berkeras juga nak juga bela sebb asrama ditutup dan takder sapa yg nak bagi makan kucing yg tengah menyusukan anak tu..
asben kkliza pun kesian juga dan membiarkan dia melayani kucing dan anak2nya..



tulah kisah kucing anak dara kakliza..
Aerobek adalah nama diberikan oleh asben kakliza memandangkan dia berekor pendek..



Sunday, October 03, 2010

Koko

bukan sebarang nama...
inilah Koko kucing kesayangan adik lelaki kakliza dan isterinya yang tinggal di Kg. Laksamana, Batu Caves sana...







SIL kakliza pakaikan Koko baju gaun ..

Monday, September 27, 2010

Serbian

Mungkin ada yang tertanya-tanya..apa makna Serbian..siapakah dia..
inilah Serbian...

ini adalah kucing kesayangan baru anak dara kakliza [Nurul Azlina]..
baru 4 bulan Azlina memelihara kucing ini..
diberi nama Serbian dan kekadang dipanggil Serby..
rasanya kucing betina kot..
dia adalah kucing kacukan tempatan dan kucing hutan..
muda lagi dan sangat suka bermain..berlari sana sini..
kalau nak tiduir dia suka hisap tek dia sendiri..



setakat ini dah 2 kali balik Kerteh dan p pantai disini..
semasa raya bebaru ni Azlina bawa balik Kerteh dan balik ke Kedah..
dalam perjalanan [kereta] kebanyakan masanya bermain..berjalan seluruh kertea dan tidur jer..
kalau Azlina nak berhenti sekejap untuk solat..dia akan tinggalkan jer dalam kereta dengan tingkap terbuka sikit..
Alhamdulillah tiada masalah setakat ini..

Kiranyanya Serbian ni dah mengeliling separuh Malaysia kerana raya bebaru ni dari S/Alam balik Kerteh dan seterusnya balik ke Kedah..pastu balik semula ke S/Alam melalui Penang/Ipoh..
tetapi semasa balik dari Kedah bebaru ini Serbian ditemani dengan lagi seekor anak kucing [muda sikit dari Serbian] kerana SIL kakliza nak bela kucing yang ada kat rumah MIL kakliza..
Alhamdulillah perjalanan mereka tiada masalah juga..sebaliknya dua-dua ekornya tidur ditempat yang sama...

inilah kucing yang dibawa balik ke Kuala Lumpur bersama Serbian

Masalah pembuangan najis..Azlina dah latih Serbian buang dalam bekas khas untuk mereka.. ..
so rasanya OKlah..
itulah kisah keluarga pet-lover ni...

Monday, July 05, 2010

Kehilangan Tutu



Assalamualaikum..
2 minggu yang lalu [pagi Khamis] semasa dalam perjalanan kakliza menghantar anak ke sekolah [anak no3 [Mohd Azri] yang memandu kereta] kakliza terpandangkan seekor kucing mati ditengah jalan..
berdetak dihati.."jangan-jangan kucing kami..Tutu.." tetapi kakliza tidak luahkan perkataan tu apda anak-anak memandangkan mereka mahu ke sekolah dan kakliza tidak mahu mereka memikirkan tentang kucing yang mati itu..
kakliza masih menunggu kepulangan kucing kami saperti biasa tetapi tidak juga nampak dia pulang untuk makan saperti biasa..


masa berlalu dengan kesibukan kakliza menguruskan hal rumahtangga dan anak-anak..akak pun tidak berkata apa mengenai kucing itu..

entah bagaimana kakliza tersebut pada anak dara akak [Nurul Azlina ] tentang kucing mati yang kakliza lihat di jalanan semalam..dia mendesak untuk menyiasat..
akhirnya dalam perjalanan ke Mesra Mall di Kemasik [lebih kurang 6 km dari rumah kakliza] kami berhentikan kereta dan berjalan kaki untuk melihat dari jarak dekat..
apa yang kami nampak ia adalah bukan saperti kucing kami..
rasa lega sikit..dalam hati masih mengharap kepulangan Tutu kerumah saperti biasa..tetapi dia tetap tidak muncul..

kakliza bercerita pada anak-anak dan kami pun mula mencari jejaknya..tapi hampa..
akhirnya bila nak masuk rumah kakliza ad amenyebut pada anak-anak..kita solat hajat..mana tahu mungkin dia balik nanti..

keesokkannya Azri cerita pada kakliza dia bermimpi yang kucing mati tu adalah Tutu..
tapi kakliza menidakkan dan beritahu mungkin sebab kita asik fikir mungkin kucing yang mati tu Tutu.. sehinggakan terbawa dalam mimpi...

selepas 2 hari pada petang [hampir waktu mahgrib] Azri dan suami kakliza balik dari bermain kapalterbang kontrol beritahu kakliza yang mati tu adalah Tutu..
mengalir terus air mata kakliza..dan terus berkata.."lepas ini siapa pun tidak dibenarkan membawa balik kucing untuk jadikan pet kat rumah ni'..

rupanya selama beberapa minggu cuti Universiti ni anak dara kakliza telah melekatkan tali bewarna biru bertujuan untuk mengikatnya bila dia memabawa Tutu ke pantai..
bila Azri dan suami kakliza berhenti untuk melihat kucing yang mati tu lebih jelas mereka nampak tali biru yang terikat dileher kucing itu..
maka sahlah kucing itu adalah Tutu yang kakliza tunggu tidak balik..
asben kakliza bawa balik dan tanam di tanah lapang depan rumah...

tamatlah kisah Tutu yang selalu meminta makanan dari kakliza walaupun dah sediakan makanan kucing..

kisah Tutu pernah kakliza tuliskan DI SINI....

kakliza merasa tersangat sedih..sebab kematiannya begitu tragik..
bila difikirkan walaupun ia hanya seekor binatang tapi bila kakliza telah bela dan ia menjadi sebahagian kasih sayang kami..
kakliza hairan mengapa kakliza seolah-oleh berasa yang mati tu adalah kucing kakliza sedangkan jarak tempat kejadian tu dan rumah kami agak jauh..cuma kakliza tidak mahu meneriam kenyataan awalnya..
itulah lintasan hati seorang ibu kot...

apapun kakliza redha..mungkin telah sampai ajalnya begitu...
ketika kakliza menulis ini juga air mata kakliza mengalir bagitu deras..[jangan gelakkan kakliza yerr...] abegfitu hiba hati kakliza mengenangkan dia..
teringat sungguh ragam kenangannya bermain dan manja dengan kakliza..mengacau kakliza depan pc ini..


Monday, February 16, 2009

Tutu


Salam...
kali ni kakliza nak citer pasal kucing baru kakliza..

bebaru ni masa CNY anak kakliza no4 [Mohd. Azib] balik rumah dengan mengendung seeokor kucing..
kakliza tak mahu bela kucing lagi dah sebb kat umah pun dah ada seekor dah..
tapi Azib nak juga bela..

malam tu dia kurung kucing tu dalam bilik [takut hilang] dan dan selimutkan kucing tu bagai...
kakliza mmg kesian kucing tu sbb menurut kata Azib kucing tu adalah kucing rempat yang mana tuan rumah duduk sebelum kawan Azib masuk rumah tu..
mak kawan Azib tu takmo bela kucing tu dan dia suruh kasi orang..

so Azib mmg sayangkan kucing dengan selamba sanggup nak bela..

07022009489

kami namakan dia Tutu sebab bulu ekornya sentiasa kembang macam ekor tupai..
nak dinamakan tupai..macam x sesuai jer..

umurnya mungkin dalam lingkungan bawah 1 tahun kot..rasanya kucing jantan..


selama 2 minggu ni kakliza pun mandikan dan bagi makan..
kuat makan betui dia..asik minta makan jer...
sekali sekala kami kacau..gomol dia..
memang syuk kacau dia..sampai ternganga mulut dia..

kekadang kakliza bawa dia naik kereta p sekolah atau ke masjid semasa amik Azmil [anak no5] balik dari sekolah atau masjid..

Azmil pun suka kalau nampak kucing tu ada dalam keter bila amik dia balik...

tetiba satu pagi tak kedengaran dia minta makan..pelik juga ni..
kakliza buat tak kisah jer..
mana tau kejap lagi dia akan balik minta makan
tapi sampai petang kakliza cari dia..tak jumpa juga..
sehinggalah beberapa hari kemudian..puas kami cari tak juga jumpa..
memang sedih.. asben kkliza pun nampak kesedihan kakliza..
jangan gelak tau...
kakliza siap asyik nangis jer bila tenguk gambar dia yg kebetulan kkliza amik sebelum dia menghilangkan diri..

kakliza pun bagitau anak2 kakliza yg di Shah Alam mengenai kehilangan Tutu..
depa pun sedih jugalah sebb depa sempat tenguk dan bermain dengan Tutu semasa balik CNY aritu..

07022009490

tiba2 satu malam kakliza kelibat kucing berlari kehalaman rumah kakliza..
kakliza buka lampu porch dan nampak dia balik..
bila bagi makan begitu gelojoh dia..
kejap makan kejap minum air..
so kakliza seronok bila dia dah balik..


memang naluri seorang ibu takkan hilang dari diri ibu..

walaupun yg dijaga hanyalah seekor kucing..
caya tak...?


07022009491

tenguk tu dengan wajahnya yg lembut tu..mana hati yg tak cair...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers