Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Wednesday, December 18, 2013
Pajeri Betik Muda
Wednesday, October 02, 2013
SAYUR
KHASIAT sayur-sayuran memang diakui dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Namun, masih ramai yang membenci sumber penting ini untuk diamalkan dalam diet seharian.
zucchini
|
Zucchini mengandungi folat yang penting dalam pembahagian sel dan sintesis asid deoksiribonukleik (DNA). Selain itu, ia membantu mencegah kecacatan pada tiub saraf janin jika diambil sebelum mengandung.
Jenis sayuran berkanji ini biasanya menjadi makanan ruji sebagai sumber karbohidrat di sesetengah negara seperti Afrika Barat atau kawasan tropika yang biasanya direbus dan dilenyek untuk membuat hidangan dinamakan fufu atau poi.
Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membantu memperbaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.
Sayur berbatang seperti asparagus dan saderi mempunyai khasiat tersendiri.
Ia juga sumber vitamin B6, kalsium, magnesium dan zink yang baik selain mengandungi serat, protein, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid folik, besi, fosforus dan kalium.
Selain itu, asparagus adalah sumber mineral yang baik untuk membantu meningkatkan keupayaan insulin yang membawa glukosa dari sel darah.
Biasanya, asparagus dijadikan pembuka selera atau ulam. Ia boleh dihidang melalui masakan
Bebawang seperti bawang, bawang merah dan bawang putih juga mengandungi khasiat tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Satu cara mudah mengklasifikasikan sayuran berwarna adalah melalui warnanya.
• Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.
• Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
• Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.
• Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
• Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.
• Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
• Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.
Antaranya, ambil sayur yang disimpan dalam peti ais dan direndam dalam air bercampur sedikit cuka selama beberapa minit sebelum dimasak. Sayur juga akan lebih rangup menggunakan cara ini jika ia tidak dimasak lama. Kotoran pada sayur juga mudah disingkirkan.
Selain itu, sayur dibasuh terlebih dulu dan kemudian boleh dimasukkan dalam beg plastik, dibungkus dengan
Kekalkan kesegaran taugeh
Sayur taugeh boleh dikekalkan kesegarannya dengan merendamnya dalam air dan lebih baik sekiranya ia dititiskan sedikit dengan perahan limau.
Rebus kacang bendi tanpa memotongnya dalam tempoh yang singkat dalam air yang dicampur dengan satu sudu minyak masak. Cara ini bukan saja memastikan bendi tidak berlendir, kesegarannya juga lebih lama.
Jika ingin membeli sayur, perhatian perlu diberikan kepada beberapa ciri yang ada pada sayur itu. Misalnya jika memilih bendi, pastikan bahagian hujungnya tidak keras dan pilih tomato yang tidak terlalu berwarna oren kerana bagi memastikan jangka hayatnya lebih panjang ketika disimpan di rumah.
Sayur seperti kubis juga perlu dipilih daripada jenis yang berongga besar dan
ringan.
Thursday, September 12, 2013
Gulai Tempoyak Pucuk Ubi
Thursday, February 28, 2013
Peria Goreng
tapi kakliza lebih suka masak begini..
Friday, August 10, 2012
Salsa Tomato
SALSA TOMATO
Bahan-bahan
4 biji tomato muda ]
1 biji bawang besar ] dipotong dadu
1 biji capsicum hijau ]
3 tangkai cili merah [dicincang halus]
2 pokok daun ketumbar [dicincang]
5 biji limau kasturi [diambil jusnya]
1 sudu kecil lada hitam [dikisar]
Garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk.
2. Tuangkan jus limau dan gaulkan rata.
3. Masukkan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.
4. Hidangkan bersama nasi.
Monday, January 09, 2012
SALAD SOSEJ
SALAD SOSEJ
Bahan
5 batang sosej
3 biji kentang ]
1 pokok brokoli ]
1 batang lobak merah ] dipotong kecil
2 biji tomato ]
1 biji capsicum hijau ]
1 batang kecil timun ]
1/2 cawan sos thousand island
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Membuat
1. Sosej dibakar dan potong kecil.
2. Kentang dan lobak merah direbuskan sehingga lembut dan tuskan.
3. Brokoli direbuskan selama 3 minit dan rendamkan dalam mangkuk berisi air sejuk. Tuskan.
4. Masukkan semua bahan dalam mangkuk hidangan.
5. Gaulkan sos thousand island dan lada hitam.
6. Hidangkan bersama salad.
Wednesday, July 13, 2011
Sayur Lemak Pucuk Kayu
SAYUR LEMAK PUCUK KAYU
Bahan
2 ikat sayur pucuk kayu [RM1.00]
2 biji kkeledek oren [buang kulit dan potong kecil]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 ulas bawang merah [hiris]
ikan bilis
garam
serbuk kunyit
Cara
1. Sayur diambil daunnya sahaja. Basuhkan dan tos kering.
2. Masukkan demua bahan ekcuali santan dan sayuran.
3. Masakkan sehingga mendideh dn keledek lembut.
4. Masukkan sayuran dan santan pekat. Biarkan mendideh.
5. Masukkan santan pekat dan rasalan garam.
6. Bila mendideh boleh angkat dan hidangkan.

Tuesday, June 21, 2011
Sayur Lemak Jambu Golok dan Sotong
sedapnya jika dapat sotong besar dan segar bugar.....
masa mula-mula kakliza diperkenalkan masakan ni..agak ragu-ragu nak makan..
macam pelik jer..sebab ada buah jambu golok atau buah gajus dalam masakan sotong..
tapi bila dah mula makan..eh..sedap pulakkk..
kalau tak caya..acu cuba test masak...sure sedap..
nak pulak makan dengan orang Terengganu..sure lagi beh...

SAYUR LEMAK SOTONG & BUAH JAMBU GOLOK [BUAH GAJUS]
Bahan
5 ekor sotong
10 biji buah gajus masak
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
garam secukupnya
Bahan Hiris
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
Cara
1. Sotong dibersihkan dan potong kecil
2. Buah gajus dibelah 4 dan perahkan sikit air pahitnya.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuah supaya tidak pecah minyak.
5. MBila dah mendideh masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai mendideh lagi.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
Saturday, November 13, 2010
Bendi Rebus & Sambal
Salam.. le ni banyak dapur dok tayang Bendir rebus dan Sambal..
aceli 3 minggu lalu kakliza ada buat kelas [bengkel masak] untuk peserta dari PLPP Jerteh, Terengganu..
antara menu yang dimasak adalah Bendir rebus dan Sambal..
kkliza ada ambil gambar tetapi tak berapa cantik..
so 3..4 hari lalu kakliza pun ulang masak sayur itu..
BENDIR REBUS & SAMBAL
Bahan A
500 gm bendi kecil [potong hujung]
1 liter air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak
1 cawan ketulan ais
Bahan B
10 tangkai cili merah ]
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mesin kasar
1 sudu besar udang kering ]
1 sudu kecil belacan ]
3 sudu minyak
garam
Cara
1. Masukkan semua bahan A kecuali bendi dan ketulan ais dalam periuk dan panaskan sehingga air mendideh.
2. Masukkan bendir dan biarkan selama 5 minit.
3. Angkat bendir dan amsukkan dalam mangkuk yang tersedia ketulan ais. Biar sekejap.
4. Toskan dalam tapiskan. Susunkan dalam pinggan hidangan.
5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan ayng dimesin sehingga naik minyak.
6. Masukkan garam dan kacau rata.
7. Tuangkan atas bendir dan hidangkan.
Monday, September 27, 2010
Daun Saderi aka Daun Sup
KHASIAT DAUN SADERI @ SUP
Kegunaan
Penanaman
Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 - 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.
Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.
Rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Daun_SaderiAcar Buah lagiiii...
menjelang posa selalunya kakliza buat jualan acar buah ni...tetapi kali ni kakliza buat lewat sikit..
hanya dekat nak raya dan bawa balik kampung di Kedah nun..

memang sedap bila ada acar ni waktu sahur.. atau makan ramai atau kenduri..
kalau kakliza dan asben bersahur ada acar buah dan telur masin..sedikit sayur salad dah cukup ..
le ni anak2 pulak mmg tak tinggal nak acar masa sahur...
teringat masa kakliza baru kawin dulu selalu Mak mertua belikan dari sedara dia untuk bagi pada kkliza..
dan juga dia bagi bekal untuk kakliza bawa p UK..hanya 250 gram saja..habis dalam 3 ari..
mana taknya kakliza dan asben makan ngan telur rebus..buat sandwich masa kami menginap kat hotel..
so lepas tu mmg niat nak belajar buat..
then selepas beberapa tahun ada seorang saudara asben kakliza supply acar kismis semasa wedding adik ipar..
apa lagi kakliza pun mintalah resepi..
tapi dia hanya bagi resepi acar kismis..yg mana kakliza kurang minat..
then kakliza try olah bahan2 tu dan campurkan dengan buah2 jeruk saperi belimbing buluh kecut..jeruk mangga..buah pala..lobak asin dan buah2 jeruk lain..
pada mulanya kakliza buat hanya untuk makan sendiri..kasi adik beradik..
tapi lama-kelamaan masing2 bertanyakan acar buah..
so kakliza pun mula memasak dan buat jualan..
selalunya mmg kakliza buat banyak kali ..setiap kali tu mencicah 10 kilogram bahan2..
bayangkan kakliza buat sensorang..mmg jenuh nak potong bahan tu..
tapi acar ni satu jer pantang ..masa masak..jangan masukkan air sikit pun..
garvy [kuah tu] adalah terhasil dari campuran cili mesin, gula dan cuka..masak ngan api yg kecil dan selalu kena kacau..
sambal [cili mesin] yg ditumiskan tu mmg kena masak lama..sampai berjam dengn api kecil untuk menjamin ketahanan acar ni supaya tidak basi walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk..
satu lagi..masak acar mmg gunakan minyak yg banyakk. ini adalah untuk menghalang kekeringan pada acar buah tu..cuma masa makan tu ceduklah buah2 dan sambal saja..minyak tu just tinggalkan dalam bekas tu supaya baki acar tu sentiasa nampak basah..
setakat ni acar kkliza mmg tahan lama..
saja kakliza biarkan kat luar dalam bekas2 yg kakliza jual tu untuk menguji ketahanannya..
percaya tak acar tu tahan sampai lebih 6 bulan..
masa kakliza baru bergiat dalam forum [tahun 2003] dan berkenalan ngan org siber..
kakliza masak acar dan packed 300 gram dan poslaju pada depa..
sampai Sabah Sarawak kakliza hantar..just free for testing..
tapi le ni..kakliza buat hanya untuk jualan kat kawasan kak liza tinggal saja..
ACAR BUAH Bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
sedikit cili api jeruk [jika suka]
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut]
jeruk limau
Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.
Friday, September 03, 2010
Pecal [ Rojak sayur]

PECAL atau ROJAK SAYUR
Bahan Sayuran
1 ikat daun pucuk ubi
1 ikat kangkong
10 urat kacang panjang
100 gm taugeh
1 batang timun [hiris nipis]
2 butir tahu [goreng dan potong nipis]
daun salad
telur rebus [optional]
garam
Cara
1. Pucuk ubi, kangkong dan kacang panjang dipotong dan basuh bersih.
2. Rebuskan berasingan dengn sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
3. Taugeh dibersihkan dan basuh. Toskan.
4. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan sediakan kuah.
Bahan Kuah
1 cawan kacang tanah
1/2 cawan jus asam jawa
15 tangkai cili kering [potong dan basuh]
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
2 sudu besar minyak
gula
garam
Cara
1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Buangkan kulitnya. Mesin kasar.
2. Panaskan minyak dan gorengkan cili kering, bawang merah dan belacan sehingga wangi.
3. Mesinkan cili kering, bawang dan belacan dengan jus asam jawa sehingga halus.
4. Gaulkan dengan kacang tanah yg telah dihancurkan.
5. Masukkan gula dan garam. Rasakan secukupnya. [jika pekat boleh tambah air sikit demi sikit]
6. Hidangkan dengan bahan sayuran.
Tuesday, August 31, 2010
Solok Lada
SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.
Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.
Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.
Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Bahan
10 biji lada hijau [dibelah jangan sampai putus dan buang biji ]
5 ekor ikan selayang atau ikan kembung kecil [ambilkan isi saja]
1/2 cawan kelapa parut [ambil putih saja]
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam kisar
garam
Cara membuat:
1. Tumbukkan lada hitam dan bawang merah.
2. Masukkan isi ikan dan garam. Tumbuk sehingga isi ikan lumat.
3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi.
4. Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk isi ikan tadi dan gaulkan rata.
5. Masukkan bahan yg digaul dalam belahan cili tadi
6. Susunkan dalam kukusan dan kukuskan selama 30 minit.
7. Bila telah masak susunkan dalam pingan dan hidangkan.
Thursday, August 19, 2010
Bunga Kantan

Pokok Bunga Kantan atau juga dikenali sebagai bunga siantan merupakan sejenis pokok saka herba.
Bunga pokok ini yang berwarna merah muda banyak digunakan sebagai gubahan hiasan manakala tunas bunga ini dijadikan bahan memasak dalam masakan Melayu seperti laksa dan nasi kerabu. Dibungkus seperti sayuran dan tak sesuai diletakkan dalam plastik.
tumbuhan ini mengandungi banyak bahan antioksida yang amat baik untuk kesihatan.
Nama Saintifik: Phaeomoria speciosa
Nama Inggeris: Ginger bud
Bunga kantan adalah dari keluarga halia, dan mengeluarkan pucuk hijau dari rizom besar seperti halia. Di pangkal tumbuhan ini, pucuk-pucuk kecil dihasilkan yang pada mulanya kelihatan seperti daun biasa tetapi lama-kelamaan berubah bewarna merah jambu di bahagian hujungnya. Pucuk-pucuk ini yang hanya tumbuh sepanjang satu kaki, perlahan-lahan mendedahkan kelopak berwarna merah jambu yang berisi dan tebal yang seakan-akan sekuntum bunga.
Bunga kantan mempunyai rasa segar dan pedas. Ia mempunyai rupa yang menarik hingga menimbulkan rasa sayang untuk dimakan, tetapi rasanya yang unik menjadikan ia bahan perasa yang penting dalam sesetengah masakan. Warna merah jambunya kekal walaupun dimasak. Ia menambahkan warna yang menarik ke dalam masakan.
Sesetengah laksa menggunakan bunga kantan ini yang dicincang halus dalam resipinya manakala ada yang menggunakan daun laksa. Walau bagaimanapun, ia merupakan bahan penting di dalam masakan Laksa Penang yang mempunyai ikan dan rasa masam.
sumber dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunga_kantan dan juga http://www.trymasak.my
Saturday, July 17, 2010
Asam Rebus Keladi
bahan
500 gm batang keladi dan ubi
50 gm udang kering ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
1 cm belacan ]
1 s/b cili mesin
5 keping asam keping
3 tangkai daun kesum
garam
air secukuonya
Cara.
1. Buangkan kulit batang keladi dan kulit ubinya. Basuh dan toskan.
2. Masukkan dalam mangkuk tahan panas dan masukkan dalam m/wave
dan setkah HIGH selama 15 minit. Buangkan air rebusan keladi tadi.
Jiruskan sedikit dangan air paip dan toskan.
3. Masukkan bahan yg ditumbuk, keladi dan bahan yg lain dalam mangkuk tahan panas.
4. Masukkan semula dalam m/wave dan setkan HIGH selama 15 minit.
5. Boleh dihidangkan dengan nasi putih dan ikan kering goreng.
Tuesday, July 13, 2010
Gulai Tempoyak Daun-daun

LEMAK TEMPOYAK DAUN KAYU
Bahan-Bahan:
3 btg serai
5 helai daun pucuk labu [optional]
1 ikat pucuk ubi
4 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
10 biji buah belimbing buluh
2 papan petai-diambil bijinya
1 genggam ikan bilis
1/2 cawan tempoyak
2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar [hiris]
garam
Bahan Mesin
1 inci kunyit hidup
20 biji cili api
Cara:
1. Semua sayuran dipotong/mayang halus.
2. Masukkan semua bahan termasuk ikan bilis, petai & santan ke dalam periuk.
3. Masukkan tempoyak.
4. Masak sehingga pekat.
5. Rasakan garam.
Wednesday, July 07, 2010
Taugeh Ikan Masin
Assalamualaikum..
kali ini kakliza ingin bercerita bagaimana kakliza mendapat idea untuk memasak resepi ini..
bebaru ini kawan kakliza mengajak kakliza minum petang bersamanya di Kelab berhampiran dengan rumah kakliza..
bila kakliza sampai dia cakap dia agak lapar dan nak makan nasi..so dia order nasi tapi kakliza baru saja makan tengahari ..tidaklah lapar..
untuk menemankan dia makan kakliza order kuetiaw saja..
kawan kakliza memesan nasi putih dan sayur taugeh goreng dengan ikan masin..nampak sedap tapi kakliza segan nak makan atau akcau hidangannya..
balik rumah kakliza menceritakan mengenai taugeh tu..
so akhirnya..
TAUGEH IKAN MASINBahan
200 gm ikan masin talang [boleh juga gunakan ikan masin tenggiri atau kurau]
300 gm taugeh [bersihkan]
100 gm lobak merah
50 gm daun bawang [potong pendek]
1 tangkai cili merah [hiriskan]
1 sudu besar kicap cair [jika perlu]
3 sudu besar minyak
Bahan tumbuk atau hiris halus
5 tangkai ciliapi
3 ulas bawang bputih
2 ulas bawang merah
Cara
1. Hiriskan isi ikan masin dan basuh. Toskan.
2. Lobak merah diriskan halus dan pendek.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan masin sehingga masak.
4. Masukkan bahan tumbuk atau hiris dan gorengkan sehingga wangi.
5. Tutup api dan masukkan hirisan lobak merah, daun bawang dan taugeh. Kacau rata.
6. Masukkan kicap [jika perlu] dan hidangkan.















