Wednesday, February 06, 2008

Belimbing


Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Air belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Untuk menyembuhkan batuk, daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.

kakliza suka bertanam..bunga ker pokok ker...tak kisahlaaaa...
oleh kerana teruja dengan pokok belimbing jiran semasa tinggal di Dungun kakliza pun semai pokok belimbing dalam pasu kira2 20 tahn lalu..
apabila kakliza pindah ke Kerteh..ingatkan pokok belimbing tu mati sebab akarnya tercabut..masa tu umurnya lebih kurang 6 tahun dalam pasu..
rupanya panjang umurnya dan bila kakliza alih ke tanah..dia bercambah.membesar dan berbuah tanpa henti sampaikan semua orang lalu akan geram dengan buah2 yg bergayutan disitu..
tapi yg herannya..monyet liar yg sekali sekala datang bertandang kerumah kakliza tak pun amik makan..
sebaliknya dia makan buah pelam kakliza tu..
kakliza x marah monyet tu nak makan buah pelam tu tapi selalunya dia agak suka khianat kat buah tu..
dia makan atau gigit sikit..pastu dia lempar buah tu ke halaman umah kakliza..
sayang tenguk buah yg dah di gigit tu..kadang kala..buah tu besar pulak ...
pernah sekali kakliza cakap pada monyet tu..janganlah makan dan buang..tunggulah buah masak baru petik..
kita bukan marah kalau nak makan pun...cuma jangan makan sikit pastu buang kat tanah...
terkebil-kebil jer dia tenguk kakliza dan pastu kuranglah dia memetik buah pelam yg muda..
kiranya dia pahamlah jugak maksud kakliza kannnnn...

anyway berbalik pada citer buah belimbing tu.. kakliza selalu kasi pada orang kat Pasar Tani untuk jual..
kadang kala sengaja kakliza petik banyak2 sampaikan 7..8 kg..dan bawa ke surau..
sapa nak masak buah belimbing amikla...sebab letak pelastik sekali dalam bakul kat depan pintu surau tu...





jom kita cuba buat kerabu....



KERABU BELIMBING BULUH

Bahan A [Hiris]

10 biji belimbing buloh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar

Bahan C [tumbuk]
5 biji cili merah
1 s/b lada hitam
belacan

Bahan C
1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
garam
gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dan gaulkan rata.
2. Rasakan garam dan gulanya.
3. Hidangkan.



AIR ASAM BELIMBING

Bahan

5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
1 s/k belacan
garam
buah belimbing [hiriskan]

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali belimbing dal blender dan mesin kasar.
2. Masukkan buah belimbing .
3. Hidangkan dengan sayuran ulam.



3 comments:

Anonymous said...

Kecur airliur tengok belimbing kakLixa, teringat-ingat asam pedas rebus ikan haruan dengan belimbing buluh...perghhhhh

Anonymous said...

salam utk kak liza

terliur tengok belimbing kak liza namun apakan daya hanya dimaya masak lemak cilipadi ngan udang sedaaaap. saya selalu tengok dan cuba resepi yang kak liza paparkan ada jadi dan xjadik....

ari ahadpi kedah hantaq anak ke mrsm

CAK said...

agaknya dia non stop berbuah sbb dia tak dibuang begitu saja kot wpun banyak.. maklumlah letak kat surau, sedekah..bagus kak liza.. cak mmg favourite tau belimbing buluh ni... kalau ade tu, hari-hari mkn belimbing buluh, buat masak lemak la, sambal lah... tp belah pahang area jerantut sana depa buat sambal/serunding belimbing..sedap tau..my friend selalu bwk.. limitationnya sbb jarang nak dpt buah yg byk... kalau dok kat umah kak liza, sure la byk serunding belimbing nih kami boleh buat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers