Tuesday, April 06, 2010

Al-Fatihah


Petang tadi kakliza begitu bersemangat untuk berkemas rumah sebelah kerana pada hujung minggu ini teman kakliza meminta tumpangkan saudara-maranya yang datang dari Kuala Lumpur untuk kenduri perkahwinan anak lelakinya pada Sabtu ini. Tetapi setelah emndapat berita tokwan kakliza yang sedang sakit tua telah pulang ke rahmatullah maka semuanya jadi muram dan rasa kesedihan.

Kakliza segera menalipon keluarga di Bagan Serai, Perak untuk bertanya khabar. Kakliza juga mohon maaf kerana tidak dapat pulang disebabkan keadaan tidak mengizinkan. Kemudian kakliza memberitahu semua adik-adik di KL dan PD juga di Kuantan.


Allahyarham tok wan kakliza Hashim bin Anang menghembuskan nafas jam 4.30 petang tadi pada usia 96 tahun setelah menderita sakit tua selama hampir 2 tahun.
Kakliza berkesempatan menziarahinya sebanyak 2 kali semasa allahyarham sakit..
Alhamdulillah...tiada perasaan ralat kerana kakliza telah sempat berjumpa dan melihatnya semasa cuti sekolah Disember 2009 lalu.
kisahnya boleh lihat disini

Kak liza doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin...

11 comments:

FaAtip said...

semoga arwah tenang dan sentiasa berada dibawah kasihsayangNya. Amin.

MamaFaMi said...

Inna lillahi wainnaillaihi raaji'un. Takziah buat keluarga akak. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang beriman.. Al-Fatihah...

sonata anak kancil said...

Al-Fatihah...semoga Allah mencucuri rahmatNya

Mat Gebu said...

Takziah juga dari saya dan al-fatihah untuk arwah...

E-na Zarina said...

Salam k.Liza...
Takziah dari E-na dan semoga arwah ditempatkan bersama golongan org yang beriman...Al-Fatihah.

indahhouse said...

salam kak liza,
Takziah kepada kak liza n family. semoga roh beliau dicucuri Rahmat-Nya.

ReeNa said...

TAKZIAH KAK

Anonymous said...

sy memang nak jenguk arwah,tapi malangnya ade je halangan,terase sgt ralat sbb tak sempat tgk dia walaupun dia terlantar lama-semoga dia ditempatkan bersama org2 yang soleh-amin-elsa

cikMilah said...

aLfATIHAH, Semuga rohnya dicucuri rahmah. Takziah utk KakLiza sekeluarga.
TokWan sebelah KakLiza ka, sebelah Abang Mokhtar?

PUTUBAMBU said...

al-fatihah buat arwah tok wan kak liza..

semoga rohnya dicucuri rahmat..

Ummi said...

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuuunn..Salam takziah buat kak Liza sekeluarga...Semoga tabah dan didoakan agar arwah tokwan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan para solihin...amiiinn...*Maaflah Ummi terlepas pandang pulak entry ni, ish ish..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers