Friday, February 13, 2009

Ayam Bakar..Krim Sup Ayam

ayam bakar

AYAM BAKAR

bahan A:

1 ekor ayam [potong 8]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven suhu 200'C selama 30 minit
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga masak kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri dan sukerim sup ayam dan potato chips


krim sup ayam

KRIM SUP AYAM

Bahan

1 paket Krim Sup Ayam Knorr [paket hijau - 58 gm - rm2.40 jer..]
5 cawan air
1 s/b tepung jagung + 1/2 cawan air
1/2 batang carrot [dadu kecil]
1 pokok daun bawang [racik]

Cara
1. Masukkan Krim Sup Ayam, air dan carrot dalam periuk dan panaskan sehingga mendideh.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai mendideh lagi.
3. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
4. Taburkan daun bawang.
5. Hidangkan dengan ayam bakar.

kakliza gunakan paket ini..senang cerita...anak2 makan pun puas hati..just hiaskan mengikut selera...

2 comments:

Roza said...

Assalamualaikum Hanieliza

Saya memang tak boleh tahan tiap kali melawat ke blog ini..kecur air liur dibuatnya bila tengok foto-foto tu.

hanieliza said...

>> Roza..
terimakasih kerana sudi bertandang ke sini..kakliza gembira sekali...
mahapla jika membuat kecur air liur tapi sekurang2nya boleh juga dapat idea apa nak dijamu pada Prof nanti kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers