Sunday, July 11, 2010

NASI AYAM





NASI AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong 4]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih [ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan [simpulkan]
garam secukupnya

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang [racik]
bawang goreng

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. [Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.]
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dan ayam dipotong kecil.
8. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Tips
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.

4 comments:

Deliah's Deli said...

salam kak...brp rm sepinggan ni kak? lama x masak nasi ayam...blh cnp ni kak-thanks! :)

Yatie said...

Salam K.Liza,
Nasi ayam nasi kegemaranku...style akak masak ni mmng mudah dan semestinya sedap...masuk list..thanks..

Anonymous said...

Sempena Aidiladha nie...saya cuba la nasi ayam yg simple tp sedap nie... Wah, dapat pujian dr seluruh family. Thanks kak hanieliza!

roza said...

saye sentiasa suke nasi ayam..anak2 pun same..nnti boleh cube..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers