Tuesday, January 13, 2009

Kisah Cuti - Konvokesyen Mohd Azlan

dalam masa cuti sekolah baru2 lalu kakliza menghadiri majlis Konvokesyen anak sulong kakliza [Mohd. Azlan] di UiTM Shah Alam..

kami bertolak dari Kerteh pada awal pagi 28.11.08 [Jumaat] menuju ke Masjid Tanah untuk mengambil canopy yg ditempah oleh asben kaklliza..
canopy tu adalah untuk kegunaan dia semasa bermain kapal terbang kontrol dgn anak2 dan kengkawannya nanti..

kakliza sampai kedai tu jam 9.30 am dan setelah siap check dan packing canopy tu dlam van kami menuju ke PD untuk berjumpa ngna anak no. 3 [Mohd Azri] yg sedang berholiday ngan 14 geng MRSMAlor Gajah di situ...

setelah kakliza selesai menguruskan brunch [breakfast & lunch] untuk Azri dan rakan2nya, mereka check-out dari appartment holiday...
seterusnya mereka ke Seremban dengan menaiki bas dan ke KL menaiki komuter ..
sengaja kakliza let Azri join kawan2nya ke KL supaya dia dapat bergembira bersama2 memandangkan mereka telah penat memerah otak untuk SPM..
nanti kami akan berjumpa semula di Shah Alam..

kakliza pula menuju ke rumah adik kakliza [Che Bedah] yg berhampiran situ..
ini adalah kunjungan kakliza yg terakhir ke PD memandangkan adik kakliza akan pindah semula ke KL pada Ahad...

umah adik kakliza

selepas siap makan malam kakliza bertolak ke Shah Alam untuk berjumpa Mohd Azlan dan menghadiri majlis konvokesyennya keesokkan harinya [sabtu]..
majlis bermula jam 8 pagi..kakliza beruntung kerana dapat masuk Dewan Sri Budiman dengan para graduan..


[gambar kurang cantik kerana kakliza snap dari screen besar..]

oleh kerana hanya ibubapa saja yg dapat masuk..so Azri bertugas menjaga adik2nya sementara menunggu anak dara kakliza [Nurul Azlina] datang join..
Azlina tidak bercuti pada semester break kali ini kerana dia menjadi sukarelawan Sukan Universiti Asean..

majlis konvo berakhir jam 12 tghari...
oleh kerana Azlan sibuk nak mengambil gambar kawan2nya yg konvo so kakliza taklah berposing sangat...




kakliza hanya bergambar hanya gunakan camera Azlan saja..
selesai posing sikit kami pun mencari makan tengahari memandangkan masing2 semuanya lapar..
akhirnya kami singgah makan KFC di bangunan PKNS Shah Alam..

nantikan kisah cuti yg masih banyak lagi kkliza akan ceritakan..
antaranya pertemuan kakliza ngan geng fotopages utara..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers