Monday, May 28, 2012

KERABU MAKANAN LAUT




KERABU MAKANAN LAUT

Bahan A
300 gm udang [dibuangkan kulit]
300 gm sotong [dibuangkan kulit dan potong kecil]
300 gm isi ikan tenggiri [dipotong kecil]
3 sudu besar jus lemon
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
Garam

Bahan B [Dihiris]
1 batang lobak merah
1 biji tomato
1 labu bawang besar
10 tangkai ciliapi
3 tangkai cili merah
2 pokok daun ketumbar

Cara Membuat
1. Udang, sotong dan isi ikan dicelurkan sebentar. Toskan.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaulkan. Kacau rata.
3. Masukkan jus lemon dan sos ikan. Rasakan masin dan masamnya.
4. Sedia untuk dihidangkan.



Sunday, May 27, 2012

MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

atas permintaan Abg Sulong [di Facebook] yang ingin resepi..
ini kakliza buat gunakan mee..jika mahu kuetiau..hanya tukarkan mee itu...



 MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS

Bahan A
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah 
3 s/b minyak masak
garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Friday, May 25, 2012

Kaswi Gandum

oleh kerana teruja dengan gambar-gambar kueh kaswi resepi kakliza yang telah dibuat oleh adik-adik di Facebook..kakliza pun membuat untuk sarapan yang mana kebetulan cuti sekolah bermula dimana anak-anak ada dirumah dan mahukan kueh...




KUEH KASWI GANDUM

Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Bahan Kueh
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur kueh [optional]
Kelapa parut (muda/putih saja)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Wednesday, May 23, 2012

SAJI Jun 2012

Salam..
kakliza amat gembira dan terharu sekali bila dipelawa untuk menulis resipi berasaskan buah kurma untuk majalah SAJI..tenpa membuang masa kakliza pun membuat jadual shooting gambar masakan apabila kakliza pergi ke Kuala Lumpur untuk membuat urusan dengan syarikat penerbitan buku kakliza

Kakliza ingin menyampai seinggi-tinggi terimakasih pada SAJI kerana memberikan kepercayaan ini pada kakliza..juga pada adik-adik yang sentiasa memberikan semangat untuk kakliza menulis dan berkongsi resipi.
Semoga kita akan mendapat menafaat dari apa yang kakliza persembahkan..

Pesanan penaja..JANGAN LUPA BELI SAJI Jun 2012

 Wajah SAJI Jun2012

 Semanis Kurma - resipi berasaskan buah kurma atau buah tamar

lagi resipi  yang dikongsikan

Salad Buah-buahan & Kurma

  Ayam Masak Merah Buah Kurma

 Ais Kisar Kurma

 Nasi Minyak Buah Kurma

 Daging Buah Kurma

 Puding Roti Buah Kurma


Tunggukan juga kemunculan 10 resipi SAYUR yang ringkas dan cepat dari kakliza dalam majalah SAJI Julai 2012 [bumper RAMADAN2012] juga

Tuesday, May 22, 2012

Mesin Basuh










kali ini kakliza mau celoteh [rasanya dah lama tak celoteh ni..] mengenai mesin basuh kakliza..
ini dia rupanya..jenis lama tapi berjasa banyak.

 
baru-baru rosak..memula ingat air tak boleh masuk..so Mr Gajet kakliza repair..boleh kerja [basuh kain] tetapi kena masuk air cara manual..[masukkan getah  air...bila dah penuh tutup paip.macam semi-auto la..]

 
 
  tapi kain baju berbakul-bakul...

tak larat la nak buat begini weyyy..


bila diperiksa sekali lagi rupanya rosak magnet coil..[rasanya Mr Gajet kakliza cakap solenoid apatah namanya..maklumlah nama teknikal..bukan nama masakan..]
cari spare part ni sampai kat Kemaman..tak mahal..rege hanya RM50 saja.. tapi kena temankan dia tu yang macam lama benao berjalan..


bila dah  Ok..maka bermulalah tugas basuh


 dan sidai kain sebab cuaca cantik..

tapi nak pekena nescafe depan pc dulu..


sebelum masuk dapur


to Mr Gajet aka Darling Hubby

to you...

Monday, May 21, 2012

Crustless Quiche Ayam




CRUSTLESS QUICHE AYAM

Bahan A
1 keping dada ayam [dihiris kecil]
3 biji ubi kentang [dipotong dadu]
1 batang lobak merah saiz kecil [dipotong dadu]
1/2 cawan air

1 labu bawang besar kuning/holland [dipotong dadu]
4 biji cendawan butang [dihiris nipis]
1 sudu besar lada hitam [mesin kasar]
2 sudu besar majerin
garam secukup rasa

Bahan B
1 tin kecil kacang pea
1 biji lada benggala hijau [dipotong dadu]
3 biji cili merah               ]
1 pokok daun sup          ] dicincang kasar

Bahan C
1 cawan susu cair
4 biji telur
100 gram keju cheddar [dipotong kecil]
1 sudu besar oregano [optional]

Cara Membuat
1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam, ubi kentang dan lobak merah. Kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Masakkan sehingga lembut dan air kering.
4. Masukkan lada hitam dan cendawan. Kacau rata. Tutup api.
5. Masukkan dalam mangkuk besar dan campurkan semua bahan B. Gaul rata.
6. Masukkan semua bahan C dalam mangkuk lain dan kacau rata.
7. Gaulkan semua bahan C ke dalam mangkuk B. Kacau rata.
8. Masukkan dalam pinggan pie berukuran 8 inci X 8 inci yang telah disapukan majerin kelilingnya.
9. Bakar dalam oven pada suhu 160'c selama 30 minit.
10. Sejukkan dahulu dan potong kecil. Hidangkan.






























Saturday, May 19, 2012

Nangka



Nangka (Artocarpus heterophyllus ) adalah dari keluarga Moraceae dan sesuai ditanam di kawasan tropika. Ia berbuah sepanjang tahun dan isinya mempunyai kandungan zat mineral seperti kalsium, fosforus, natrium dan kalium yang agak tinggi.
Negeri pengeluar utama ialah Johor, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Kebanyakkan hasil yang dikeluarkan adalah untuk dimakan mentah. Pasaran buah nangka adalah sekitar negara Asia dan Hong Kong. Bagaimanapun tanaman ini mempunyai potensi untuk dipasarkan ke China, Taiwan, Jepun dan Korea.
Isi nangka yang ditinkan adalah disenarai kedua tertinggi di antara buah-buahan tropika yang ditinkan dan terdapat di pasaran United Kingdom dan Jerman. Isi nangka juga boleh dikeringkan untuk dijadikan snek yang berkhasiat.
Terdapat dua klon nangka yang disyorkan iaitu J29 dan J33 yang sesuai untuk dimakan mentah dan J31 yang sesuai untuk diproses.
Kedua-dua klon boleh dibiakkan secara pembiakan tampang iaitu melalui cantuman mata tunas. Dengan pengurusan tanaman yang baik, tanaman nangka akan mengeluarkan hasil setelah tiga tahun ditanam. Jangka masa kematangan buah adalah antara 130-140 hari dari bunga kembang.
Kejadian layu bakteria merupakan masalah utama tanaman nangka dan sehingga kini tiada langkah kawalan yang berkesan. Dengan itu, adalah disyorkan penanaman nangka diselang dengan tanaman buah-buahan lain yang lebih kekal dan tiada masalah yang sama.

Buah Nangka  

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".[8] Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.

Buah yang masak dimakan mentah atau dibuat kueh, jem, jeli, acar, dodol, pengat atau ditinkan. Isi nangka muda boleh dimasak gulai lemak, kari, kerabu atau direbus sebagai ulam.

Biji nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan menjadi tepung yang boleh dicampur dalam air untuk diminum bagi mengubat penyakit kelebihan hempedu. Bijinya juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.

Dari segi kandungan nutrien, nangka mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan pelbagai jenis mineral seperti fosforus, kalium dan kalsium.

Daripada 100g ini buah nangka; lebih kurang 75 g adalah air.


  jom makan buah-buahan tempatan....

Friday, May 18, 2012

Sup Tulang


SUP TULANG 

Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya 


Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara membuat
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

PasarTani Kerteh

 ayam


 sayur




 buah


 ubi kemeli [ubi keling]

 ubi keladi 

 ubi gajah

breadcrumb sosej roll

 breadcrumb burger

 murtabak

 roti daging omlet

 burger

 mini apam balik inti kastad jagung

apam balik besar

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Salam sejahtera
Hari ini hari Guru..
tak kiralah guru apa...cekgu apa..cekgu sekolah ker...cekgu ngaji Quran ker..cekgu masak ker..cekgu jahit baju ker..cekgu jahit ribon ker..atau jahit langsir ker..
semuanya memang pekerjaan yang yang sangat mulia kerana inginkan ilmu baik yang diketahui diajarkan pada muridnya...

 


kakliza ucapkan ELAMAT HARI GURU pada semua guru..cekgu 
semoga mereka sentiasa didalam keberkatan Allah SWT..