Saturday, May 19, 2012

Nangka



Nangka (Artocarpus heterophyllus ) adalah dari keluarga Moraceae dan sesuai ditanam di kawasan tropika. Ia berbuah sepanjang tahun dan isinya mempunyai kandungan zat mineral seperti kalsium, fosforus, natrium dan kalium yang agak tinggi.
Negeri pengeluar utama ialah Johor, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Kebanyakkan hasil yang dikeluarkan adalah untuk dimakan mentah. Pasaran buah nangka adalah sekitar negara Asia dan Hong Kong. Bagaimanapun tanaman ini mempunyai potensi untuk dipasarkan ke China, Taiwan, Jepun dan Korea.
Isi nangka yang ditinkan adalah disenarai kedua tertinggi di antara buah-buahan tropika yang ditinkan dan terdapat di pasaran United Kingdom dan Jerman. Isi nangka juga boleh dikeringkan untuk dijadikan snek yang berkhasiat.
Terdapat dua klon nangka yang disyorkan iaitu J29 dan J33 yang sesuai untuk dimakan mentah dan J31 yang sesuai untuk diproses.
Kedua-dua klon boleh dibiakkan secara pembiakan tampang iaitu melalui cantuman mata tunas. Dengan pengurusan tanaman yang baik, tanaman nangka akan mengeluarkan hasil setelah tiga tahun ditanam. Jangka masa kematangan buah adalah antara 130-140 hari dari bunga kembang.
Kejadian layu bakteria merupakan masalah utama tanaman nangka dan sehingga kini tiada langkah kawalan yang berkesan. Dengan itu, adalah disyorkan penanaman nangka diselang dengan tanaman buah-buahan lain yang lebih kekal dan tiada masalah yang sama.

Buah Nangka  

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".[8] Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.

Buah yang masak dimakan mentah atau dibuat kueh, jem, jeli, acar, dodol, pengat atau ditinkan. Isi nangka muda boleh dimasak gulai lemak, kari, kerabu atau direbus sebagai ulam.

Biji nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan menjadi tepung yang boleh dicampur dalam air untuk diminum bagi mengubat penyakit kelebihan hempedu. Bijinya juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.

Dari segi kandungan nutrien, nangka mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan pelbagai jenis mineral seperti fosforus, kalium dan kalsium.

Daripada 100g ini buah nangka; lebih kurang 75 g adalah air.


  jom makan buah-buahan tempatan....

5 comments:

  1. Jem nangka? sangatlah rasa daku ketinggalan zaman di dunia ni. Tu lah dia lain kali rajin- rajin masuk blog makanan.

    ReplyDelete
  2. sedapnyer nangka.. buah kegemaran no1 nor ni k.liza :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kalau dapat makan yang sejuk...baru kuar dalam petiais.....

    ReplyDelete
  4. selalunya bila nk balik kg kt kelantan..tepi-tepi jalan tu byk betul jual nangka madu..besar-besar plk tu...terliur..

    ReplyDelete
  5. Jem nangka sedap, Final year project saya di universiti. Hasilkan jem nangka dan analisis dia punya nutrisi. :)

    ReplyDelete