Baru-baru semasa kakliza hadir dalam Sidang Akhbar Cabaran Daisy Secebat Chef, kakliza telah diberikan tugasan membantu membuat biskut ciptaan Chef Liza Zainol..
Biskut Daisy
Bahan-bahan| A | 160 gm | Tepung Gandum | |||
| 60 gm | Tepung Suji | ||||
| 100 gm | Gula Kastor | ||||
| 11/4 sudu kecil | Serbuk Penaik | ||||
| 1/4 sudu kecil | Soda Bikarbonat | ||||
| B | 150 gm | Kacang Tanah – dibakar dan dimesin | |||
| 60 gm | Oat – dimesin | ||||
| 20 gm | Kelapa Kering - dimesin | ||||
| C | 120-140 gm | Minyak Jagung Daisy | |||
| 1/8 sudu kecil | Garam | ||||
| Hiasan: | |||||
| D | Sapuan Telur | ||||
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan A dan sebatikan di dalam mangkuk pengadun dan putar selama 2 minit dengan kelajuan yang sederhana.
- Campurkan kesemua bahan B yang telah dimesin dan putar selama 1 minit.
- Akhir sekali masukkan Minyak Jagung Daisy dan garam, putar lagi 1 minit dan sebatikan.

- Adunan dicanai dan diterap berbentuk bulat, sapukan telur dan bakar selama 25-28 minit pada suhu 150 – 160C.


- Siap untuk dihidang.
Masa Penyediaan: 45 minit
Petua: Kacang tanah hendaklah dibakar terlebih dahulu sehingga kekuningan agar biskut wangi baunya.
ini dia biskut yang team kakliza buat ...sedappp...
1 comment:
Waaaaaaaaaahhh, bestnya....nampak biskut pun sodaapp tu Kak Liza...nnt buat lebih2..pos ke Kuantan sikit eh...hehe, muaahhh!
Post a Comment