Friday, August 19, 2011

Ayam Percik kesumi Dewi

AYAM PERCIK KESUMA DEWI

Bahan A
8 keping paha ayam
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 batang serai [ketuk]
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar rempah kurma
3 keping asam geluugor
Garam secukup rasa

Bahan B [Mesin Halus]
10 tangkai cili merah
1o tangkai ciliapi
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 batang serai
2 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara Membuat

1. Ayam dibersihkan dan kelar sedikit.
2. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga naik minyak dengan api sederhana.
3. Ambil ayam dan letakkan diatas jaringan.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C [api atas bawah] selama 30 minit
5. Masakkan kuah yang lebih sehingga naik minyak dan pekat.

3 comments:

The Spiral Eyes said...

saya nak ucapkan terima kasih kerana mengajar saya memasak,walau kita tak pernah berjumpa ;) semoga kebaikan diberikan oleh ALLAH

geenasofea said...

Kak Liza

hari ni memang nak masak ayam percik. dah jumpa pun dalam blog kak liza. tq.

Anonymous said...

assalam.. nak tanya, ayam yang nak dibakar tu xperlu disapu apa2 ke? atau ayam tersebut sudah dimasukkan sekali dalam bahan2 (no 2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers