Saturday, November 22, 2008

Alhamdulillah... Syukur pada Allah SWT




Alhamdulillah..syukur pada Allah SWT kerana menunaikan doa kakliza dan juga ibu2 lain dari Sek. Keb. Rantau Petronas..
ingin kakliza kongsikan kegembiraan ini dialam maya ...
pada Khamis lalu keputusan UPSR telah diumumkan..
antara yg terlibat adalah anak kakliza no4 Mohd Azib yg bersekolah di SKRP..
tahun 2008 ini murid Tahun 6 seramai 101 orang telah mengambil peperiksaan UPSR dalam bahasa Inggeris..
setelah semua guru2 sekolah bertungkus lumus mengadakan kelas tambahan samada selepas waktu persekolah atau malam dan juga hujung minggu..
maka hasil yg didapati amat memberangsangkan dengan peratusan lulus 96%
manakala yg mendapat 5A adalah seramai 41 orang iaitu 41% dari candidates..
ini menunjukkan peratusan yg tinggi dalam sesebuah sekolah..





peratusan lulus UPSR



antara guru-guru SKRP, Kerteh yang mengajar anak kakliza... Cikgu Shamsudin is cikgu yg paling popular kat sini...



kegembiraan kkliza bertambah dengan keputusan Azib yg cemerlang kerana pendapat kakliza dia belajar pun bukanlah saperti yg dapat keputusan 5A..
apapun kakliza bersyukur sesangat kerana diberikan anak2 yg berjaya setakat ini..Amin...
mudah-mudahan di peperiksaan akan datang dia akan menunjukkan keputusan yg lebih baik dan cemerlang...


menunggu giliran amik keputusan


dah dapat keputusan..Alhamdulillah...


hasil keputusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers