Monday, July 30, 2012

BUBUR AYAM

BUBUR AYAM

Bahan

2 cawan beras

1 keping dada ayam

1 kiub pati ayam

2 inci halia [hiris]

Air secukupnya

3 ulas bawang merah [hiriskan]

1 sudu besar rempah kari

Minyak untuk menggoreng

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Bahan Hiasan

Daun sup & daun bawang [hiriskan]

Bawang goreng

Cara Membuat

1. Rendamkan beras selama 1-2 jam. Tuskan.

2. Masukkan beras, kiub pati ayam, halia, bawang merah, garam dan air secukupnya dalam periuk. Masakkan sehingga beras hancur dan kembang.

3. Ayam dipotong dan bersihkan. Gaulkan dengan garam dan rempah kari.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga garing.

5. Koyakkan ayam goreng dan ketepikan.

6. Masukkan nasi bubur dalam mangkuk hidang dan taburkan ayam goreng yang telah dikoyakkan dan bahan hiasan.

7. Hidangkan bersama sup.

Tip

Jika suka boleh siramkan sedikit minyak gorengan ayam.

Terimakasihhhhhhhhhhhhhhh


mula-mula nak minta maaf kerana lewat buat entry ni..
maklumlah kakliza kan teramat bizi le nii....macam-macam potfolio jawatan dipegang.


apapun kakliza ucapkan berrrrbanyak-banyakkkkkk terimakasihhhh buat adik-adik..teman-teman yang dekat..jauh..alam maya..alam nyata.. yang sudi membeikan ucapan dan doa sempena besdey kakliza pada 26 Julai 2012 baru-baru ni...




bukan senang nak dapat ucapan begitu...terharu makcik yang makin bertambah umur ni...
uwaaaaa......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers