
kakliza baru saja balik dari ALor Setar menziarahi bapa mertua kakliza yg sakit..
last Thursday dia dimasukkan ke hospital due to dia mengadu rasa macam nak pitam..
bila di check dai disahkan mengalami minor stroke..
asben kakliza yg kebetulan ada di KL [menghadiri kursus di Bangi pada Khamis lalu] telah balik ke Alor Setar dengan adiknya untuk berjumpa dengan bapa mereka..
sampai saja asben kakliza kat hospital..dia bertanyakan kakliza..
kakliza rasa sungguh sedih bila FIL bertanya begitu..
aceli kakliza telah cuba nak balik pada Khamis malam tu tapi tak dapat tiket p KL dan join asben untuk ke A/Setar..
then bila MIL cakap keadaan ayah dah stabil sikit kkliza pun rasa OK laaa..
tapi bila ayah bertanyakan kakliza.. terasa kakliza amat diperlukan bersamanya
so pagi Sabtu lalu kakliza terus saja ke Kuantan dengan harapan kakliza dapat bersama FIL diwaktu dia sakit ..
kakliza meminta anak kkliza di Shah Alam dapatkan tiket untuk ke A/Setar pada waktu petang Sabtu memandangkan kakliza akan sampai KL jam 4 ptg dengan bas MARA Liner..
so pada jam 5.30 petang kakliza menaiki bas Transnasional pula ke Sg. Petani kerana anak kkliza dapatkan tiket tu secara online dari S/Alam..
kiranya dia tak pergi Puduraya untuk dapatkan tiket terus ke A/Setar pada pagi cuma tunggu kakliza waktu nak bertolak ke A/Setar saja....
Kakliza sampai di Sg Petani jam 10.30 malam..tapi asben kakliza masih dalam perjalanan dari A/Setar untuk mengambil kakliza di Sg Petani..
sampai saja kakliza di Kedah Medical Center kelihatan FIL saperti gembira dengan kedatangan kakliza..
kami berbual..siap cerita hal politik semasa lagi tau..kakliza rasa begitu lega..means ingatan dia OK..
asben kakliza berasa dia dah stabil sedikit memandangkan sebelum ini dia tak mau bercakap sangat...
tapi dia berkeras nak balik ke rumah..biasalah orang tua-tua..bukan suka duduk kat hospital..
asben kakliza terpaksa balik ke KL kerana dia ada kursu yg perlu dihadiri di Sri Kembangan selama 5 hari dari Isnin sehingga Jumaat ini..
adik perempuan dan anaknya pun ikut balik ke KL kerana mereka juga ada kerja yg perlu dibereskan..
kakliza tinggal seorang di hospital untuk menjaga FIL..kerana MIL kakliza terpaksa tinggal dirumah due to nak tolong tengukkan anak2 SIL kakliza yg bekerja di KMC tu...
oleh kerana kakliza punyai tugasan untuk selesaikan buku resepi yang telah kakliza janjikan so kakliza terpaksa balik ke Kerteh lebih awal..
lagi pun kakliza tinggalkan anak2 dengan anak no3 [Azri > tunggu panggilan IPTA]
kakliza balik dari A/Setar pada Selasa malam..tapi bila tenguk kemalangan bas di PLUS tu seram sungguh rasanya..
tambahan pulak kakliza travel seorang diri...
cuma kakliza berdoa semoga perjalanan kakliza selamat sampai kerumah...
Alhamdulillah perjalanan kakliza dari A/Setar ke Kuantan agak selesa.
bila bas bertolak saja kakliza terus ZzzZ kerana dah beberapa malam kakliza tidur tak berapa lena kerana menemani FIL tu..
hanya sedar sekali sekala..dah makin jauh meninggalkan Kedah..
kakliza sampai kat rumah jam 9.55 pagi tadi satelah dapat menaiki bas dari Kuantan pada jam 8.30pagi..
penat tu toksah cakapla..tapi kakliza punyai tugasan yg perlu disambung balik..
kakliza hanya dapat berdoa semoga sakit FIL beransur baik..
pada ketika ini kakliza diberitahu yang FIL dah pun keluar dari hospital [aceli dia mmg berkeras nak balik dah..]
anyway dia masih lagi tak boleh menelan makanan saperti biasa since masuk hospital aritu..
so dia kena makan melalui tube yang dipasangkan dihidungnya..
SIL kkliza akan dapatkan khidmat nurse untuk memberikan makanan pada FIL nanti..
sorilaaa...kali ini kakliza berceloteh panjang..rasa sangat tidak tenteram dihati..
so dengan menulis ini rasanya saperti dapat luahkan apa yg terbuku resah dihati..