
Petang tadi kakliza begitu bersemangat untuk berkemas rumah sebelah kerana pada hujung minggu ini teman kakliza meminta tumpangkan saudara-maranya yang datang dari Kuala Lumpur untuk kenduri perkahwinan anak lelakinya pada Sabtu ini. Tetapi setelah emndapat berita tokwan kakliza yang sedang sakit tua telah pulang ke rahmatullah maka semuanya jadi muram dan rasa kesedihan.
Kakliza segera menalipon keluarga di Bagan Serai, Perak untuk bertanya khabar. Kakliza juga mohon maaf kerana tidak dapat pulang disebabkan keadaan tidak mengizinkan. Kemudian kakliza memberitahu semua adik-adik di KL dan PD juga di Kuantan.
Allahyarham tok wan kakliza Hashim bin Anang menghembuskan nafas jam 4.30 petang tadi pada usia 96 tahun setelah menderita sakit tua selama hampir 2 tahun.
Kakliza berkesempatan menziarahinya sebanyak 2 kali semasa allahyarham sakit..
Alhamdulillah...tiada perasaan ralat kerana kakliza telah sempat berjumpa dan melihatnya semasa cuti sekolah Disember 2009 lalu.
kisahnya boleh lihat disini
Kak liza doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin...





