tengahari ini kakliza dan suami akan ke Kuala Lumpur lagi untuk menghadiri kursus disana selama 3 hari [10-12 Disember 2009]..
kebiasaannya kakliza akan buat aktibiti sendiri [tentunya shopping..jalan..makan..] tetapi kali ini kakliza terpaksa hadir kursus ini kerana kursus adalah kursus persediaan pencen dimana suamikakliza akan pencen dalam tempuh 3 tahun lagi..
pada 14-17 Disember 2009 kakliza akan membuat photoshooting masakan bersama PTS.com.my untuk mencepatkan proses pembikinan buku resepi kakliza yang agak terlewat dah ni..dalam sessi masakan kali ini kakliza jangka akan masak sebanyak 23 resepi masakan barat, 23 resepi kueh kukus dan 23 resepi puding..
sonampaknya kakliza akan bertungkus lumus menyiapkan 69 resepi...
fuhhhh..penatnyaaaa...
saperti biasalah kakliza akan masak di 16-2, Apartment Putri, Jalan Setiawangsa 21, KL..
so siapa yang nak jumpa akak boleh datang sini..
cuma mohon mahap sekiranya tak dapat melayan mesra kerana kakliza kena masak jam 9pagi sehingga 6 petang..
kakliza akan balik rumah pada Khamis 17 Disember 2009 [malam]..
tapi hanya seminggu sahaja kerana pada 24 Disember 2009 kakliza sekeluarga akan balik Kedah untuk menghantar anak no.3 masuk rumah sewa di PermatangPauh, Penang...