Wednesday, January 28, 2009

Fun Fly @ Alor Ketitir, Terengganu

cuti CNY bebaru ni kakliza ikut asben bermain kapal terbang dan helikopter kontrol...
tapi kakliza p lewat sikit..
Alor Ketitir tu adalah sejauh 70 km dari rumah kakliza..menghala ke Kuala Terengganu..
asben kakliza bertolak jam 8.30 setelah kakliza bekal sedikit makanan untuk dia dan anak2..
jom kita tenguk apa yg terjadi..

IMG_8179

IMG_8178
ini adalah real scene w/pun nampak macam bukan real..
kebetulan kakliza sedang shoot sana sini ternampak aksi yg cantik..
so kakliza just snap saja..
memang payah nak dapatkan gambar begini sebb the plane so laju terbang diudara..


IMG_8167

07
anak kkliza no.3 sedang membuat aksi 3D helikopter kontrol..
aksi ni dikirakan sebagai pemain yg cekap ..
dan juga kira macam terror ddalm mengendalikan kontrol..
even ayahnya pun tak reti nak buat gini..

03
kapal terbang B25 kepunyaan En. Nordin [sifu radio kontrol] sedang disediakan untuk terbang diudara..

02
up...up on the sky..

05
touched down..

06
coming back n safely landed

hafiz
aksi kapalterbang kontrol kepunyaan salah seorang pemain..

01
anak dan ayah sedang setting kapalterbang EXTRA 300 untuk diterbangkan oleh anak {anak kakliza no.4 - Mohd Azib]

IMG_8158
bila dah landing terlajak jauh so terpaksa p amik ngan basikal..

IMG_6762
asben kkliza ikat basikal depan van..
selamber jer dia bawak ke tempat main kapalterbang..

0
kapalterbang scale ZERO kepunyaan pemain dari KT..kalau tak salah cekgu Rosli...
sayangnya masa dia terbangkan Zero ni kakliza dah balik so takder sapa nak amik gambar..

IMG_8190
pemain ni sebaya dan kawan ngan anak kakliza no3. [Mohd Azri]
taklama selepas ni kapalnya tersilap dan jatuh crash..so sad...

IMG_8206
sedang repair tayar kapalterbang yg tercabut semasa landing..

IMG_8210
antara kapalterbang yg besar untuk diterbangkan nanti..

IMG_8139
pemain sedang berehat dibawah canopy yg kakliza beli di Masjid Tanah/Melaka aritu...

crash
antara kapalterbang yg crashed..

Sunday, January 25, 2009

Puding Buih Lapis

Puding-Buih-Lapis

PUDING BUIH LAPIS

Bahan

4 biji putih telur
12 gm serbuk agar-agar
1 liter air
160 gm gula
pewarna [ikut pilihan sendiri]
loyang 4 segi 8 x 8 inci

Cara
1. Putih telur dipukul sehingga menjadi gebu. [kiranya kalau diterbalikkan tidak akan jatuh]
2. Bahagikan putih dibahagikan 4 bahagian
3. Serbuk agar-agar, gula dan air dimasukkan dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
4. Ambil agar-agar 1 cawan dan campurkan dengan 1 bahagian putih telurdan warna.
5. Kacau perlahan sehingga semua warna sebati.
6. Tuangkan dalam loyang dan biarkan agak separa keras.
7. Ulang semula proses [4] - [6] dan lapiskan perlahan-lahan diatas agar-agar yg separa keras tadi.
8. Ulang semua proses melapis sehingga semua bahan habis.
9. Sejukkan dan potong. Hidangkan.

NOTA
Oleh kerana masa kkliza belajar puding ini tidak gunakan susu cair dalam adunan, so kkliza rasa lebih sedap dihidangkan dengan sos kastad dan fruit koktel.. ]

SOS KASTAD

Bahan

1 cawan susu cair
1 cawan air fruit koktel
3 s/b tepung kastad

Cara
1. Gaulkan semua bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.
3. Hidangkan dengan fruit koktel sebagai hiasan.


kak liza gunakan serbuk agar-agar ini..


serbuk-agar-agar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Followers