Assalamualaikum...
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa dia atau siapa CL...meh kakliza ceritakan...
last Saturday kakliza terbaca di FB kenalan kakliza
[maklang] ada menulis CL akan berkunjung kerumahnya.
kakliza memnag teruja nak berjumpa dengan CL ni ..atau dikenali dengan nama Cik Lie...
almaklumlah CL ni adalah blogger yang pemes dan sentiasa menulis mengenai kisah di Mekah [masjidil haram]...
kisah beliau boleh dibaca dalam blog
Pengalaman Di Kota Mekahtanpa membuang masa kakliza menuju kerumah maklang yang hanya 3 atau 4 minit jer berkereta dari rumah kakliza..
masa kakliza sampai CL belum sampai tetapi seorang blogger lain
[Silversarina] telah siap menunggu beliau juga..
saperti biasalah maklang ni rajin masak..dan suaminya rajin membantu..
so inilah hidangan spesel maklang ...
[Salad Buah-buahan - ini saja yang sempat kakliza sediakan..]
kakliza sempat memberikan 1 set buku resepi kakliza [tapi hanya 11 buah saja yang dah siap] untuk CL mencuba masak sekembalinya ke Mekah nanti...

[gambar ihsan dari blog CL]
selepas selesai menjamu selera kami diberikan hadiah khas sebagai kenang-kenangan oleh CL..iaitu cebisan kecil selimut kaab, 1 mug PDKM, sedikit kurma dan air zam-zam..
kakliza ucapkan terimakasih bebanyak buat CL..

[gambar ihsan dari blog CL]
kakliza amat gembira dan berasa bertuah dapat bertemu dan berbual dengan CL kerana beliau memanglah seorang yang berbudi pekerti mulia..dan amat menghormati kita..
untunglah siapa dapat buat menantu...bertuah keluarga itu....

[gambar ihsan dari blog maklang]
kakliza amat gembira dan terharu kerana maklang sanggup berkongsi kegembiraan berjumpa CL tempuhari..
lenkali jika ada bloggers datang singgah Kerteh jangan lupa jemput kakliza yer...
terimakasih banyak-banyak dan daun keladi..