Wednesday, February 29, 2012

Demo Masak d Brunei



Salam..
kakliza akan mengadakan Demo masak dalam Pesta Buku Brunei dsi sana..

3 Mac 2012 [Sabtu]
1. Ayam Goreng Tomyam
2. Nasi Goreng Nenas
3. Salad Tomato

4 Mac 2012 [Ahad]
1. Telur Dadar Udang
2. Mihun Taucu
3. Salad Kentang

Jom ramai-ramai kunjungi Demo Masak ini...




Tuesday, February 28, 2012

Buku Resipi WARISAN



Salam riang buat adik-adik semua...
Sekarang kakliza sedang mengusahakan Resipi Warisan yang akan mengemukakan lebih kurang 10 judul jenis warisan yang mengandungi 23 menu setiap judul.
Memang kakliza kena bertungkus lumus menyediakan text resepi dan membuat masakan kerana setiap menu/resipi itu perlukan gambar langkah demi langkah.
Setakat ini 5 judul telah siap dibuat penggambaran manakala 5 lagi akan disambung selepas cuti sekolah..InsyaAllah..

Semua masakan ini kakliza buat shooting di KL..samada dirumah BFF kakliza [Kak Nonie di Setiawangsa] dan juga di Studio Dapur PTS di Batu Caves sana...
kenyanglah semua crew yang bertugas dan juga kekadang tu sengaja kakliza masak lebih untuk staff lain kerana masing-masing akan terbau masakan tu..
kesian pula..takkan ambil bau jer kann...mereka adalah food tester kakliza juga...





Setakat ini hanya 2 buku ini telah siap untuk di hantar ke kedai buku seluruh Malaysia..
harganya hanya RM5.50 sahaja..
semoga dengan keluaran buku ini akan dapat menambahkan ilmu masakan adik-adik semua.

Monday, February 27, 2012

Kuih Kasturi aka Kuih Kacang aka Kuih Rengas

pagi tadi kakliza terbaca status di FB soerang penulis terkenal PTS iaitu Pak Latif yang berceritakan mengenai sarapannya ..kueh kacang atau kueh kasturi atau kueh rengas.
teringat kakliza pernah menuliskan resepi ini berberapa tahun lalu dalam Forum Cari.com...jadi kakliza ingin kongsikan resepinya disini...
kuih ni memang jadi kesukaan anak sulong kakliza...tapi yang hairannya dia tidak berapa suka bubur kacang


KUIH KASTURI

Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan

.

Saturday, February 25, 2012

Demo Masak @ Ekspo Buku Islam 2, Putrajaya




Sekali lagi kakliza akan membuat demo masakan dalam Ekspo Buku Islam 2 di Putrajaya

Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad) - 12pm - 2pm

Event: Senangnya memasak bersama Chef Hanieliza

Menu :
1. Ayam Padprik

2. Nasi Goreng Kailan Ikan masin
3. Kerabu Tomato


jangan lepaskan peluang..lepas demo masak ada sessi merasa masakan...






Monday, February 20, 2012

Periukku Hangus




Salam Isnin yang barakah...
nak cerita satu trajedi yang berlaku semalam..
gara-gara terlalu kusyuk membuat editing resepi sambil panaskan kuah asam rebus malam tadi kakliza hanguskan periuk didapur...
sambil tu kakliza buat roti bakar dalam pembakar roti yang loncat sendiri tu..
masa kakliza sedang buat editing tu terbau macam benda hangus..kakliza pandang pada toaster tu..nampak roti dah keluar ..tapi dalam fikiran kata kejap lagilah sapu kaya...dan teruskan juga editing..
pastu semakin berbau..sambil fikir..sapalah masak malam-malam ni...tetapi tangan masih teruskan kerja-kerja editing...
tiba-tiba nampak cahaya api kat dapur ...
pabila kakliza toleh saja nampak api kat periuk asam rebus kakliza..apalagi kakliza pun mengalahkan pelari 4 x 100M ke dapur dan tutup gas...
fuh...nasib baik betul laaaaa....
akhirnya nampaklah...

[gambar ehsan Cik Google]

lepas ni kakliza terpaksarela jadi bibik mencuci kesan hangus tu...
cuma buat sementara ini kerja editing terpaksa kakliza utamakan...

Saturday, February 18, 2012

Happy 55 years Birthday and Happy Retirement

Assalamualaikum....
Hari ini kami sekeluarga terlibat dengan aktibiti berbasikal sejauh 42 KM dari Kg Baru Kerteh ke Air Terjun Menderu melalui Kemasik nun dan petang pula berjumpa adik kakliza di Paka menyebabkan jadual kakliza agak padat dan kepenatan [al-maklumlah umur dah senja ni stamina amat kurang] jadi kakliza hanya bergembira dengan aktibiti ini ...tiada upacara memotong kek atau makan besar...

Apapun kakliza berdoa agar kami sekeluarga sentiasa didalam lindungan dan keberkatan Allah SWT..dimurahkan rezeki dan juga bahagia selama-lamanya didunia dan akhirat..Amin..


Sempena dengan usia nya yang ke 55 tahun ni maka tamatlah perkhidmatannya dengan pekerjaan rasminya...
buat masa ni dia hanya ingin membuat kerja yang difikirkan telah lama tertangguh saperti membaiki kapal terbang atau helikopter kontrol [hobinya] basikal anak-anak, baikpulih rumah..uruskan urusan belakang tabir demo masak kakliza dan sebagainya..
kakliza tak kisah cuma kami banyak menghabiskan masa bersama dirumah mengadap PC atau laptop masing-masing sambil makan/minum bersama..berbual dan berbincang tugasan membuat buku, demo masak dan sebagainya...
sekali sekala berjalan bersama ke pantai atau ambil/hantar anak ke sekolah.
nampaknya kegiatan kakliza bersama teman agak terbatas sedikit memandangkan dia di rumah cuma kakliza akan pergi juga aktibiti masjid/surau saperti biasa..InsyaAllah...


Wednesday, February 15, 2012

Kueh Lapis Jagung


Bahan-bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam

Bahan B
1/2 cawan jagung ]
1/2 air ] mesinkan

Bahan C
1 sudu besar serbuk koko ] bancuhkan dan tapis
1/2 cawan air suam ]

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian adunan dan bahan C dalam 1 adunan lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yang akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan koko dan jagung berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Monday, February 13, 2012

Happy Anniversary ke 31 tahun



Salam buat adik-adik sekelian...
Lama sungguh kakliza tak celoteh atau sembang kat blog ni..
al-maklumlah sibuk mengalahkan Wanita Pertama Dunia [ehh...ada ker jawatan tu..] semenjak duamenjak ini...

kali ini kakliza nak habaq mai..
hari ini genaplah ulangtahun perkahwinan kakliza yang ke 31 tahun...
perghhhhh..lama kannn.....
Alhamdulillah...


pejam celik pejam celik dah pun 31 tahun kakliza jadi mem besau [memang besau dah pun..dari kecikmolek jadi besau gedebak ni haa..] pada Encik Suami yang handsome macho..
tempuh yang lama begini adalah memerlukan pemgorbanan yang besar..dari segi kasih sayang..kesabaran..hormat menghormati..bertolak ansur sesama sendiri..
itulah kakliza amalkan..

kakliza telah dinikahkan dengan En Mukhtarizan bin Abdul Hamid pada Sabtu 14 Februari 1981 lalu di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor... tarikh ni adalah pilihan keluarga mertua kerana masa tu asben kakliza cuti dari laut. ..Dia kerja offshore so bila keluarga dia tenguk tarikh tu dia ada d KL depa pun setkan untuk majlis nikah..masa tu mana ada kursus atau nak kena booking awal tok iman atau tok kadhi..janji semua setuju..so bereslaaaa...


aceli kisahnya boleh baca kat sini...tak larat dah nak tulis panjang lebau...
kisah anniversary ke 28 tahun
kisah anniversary ke 29 tahun

tak sangka cepat sungguh masa berlalu..dan kkaliza naik pangkat..jadi "Datin" uuu...
kakliza bertambah gembira dengan hadirnya seorang cucu perempuan yang comel..,,
makin ramai ahli keluarga la...
semoga dia cepat membesar dan kakliza boleh ajak main masak-masak...orr..bulis sikit kan..[kalau mak dia [menantu] baca naya kakliza..hehehhehe..]



harapan kakliza kasih sayang yang telah kami bina selama 31tahun ini akan terus bercahaya sehingga akhir hayat kami...InsyaAllah...
semoga Allah sentiasa memberikan limpah kurnia, keberkatan dan dalam lindunganNya..

apapun kakliza amat gembira dengan klehidupan kakliza kini walaupun kekedang tu rasa macam sibuk yang teramat dengan dateline [deadline] yang boleh menyebabkan kakliza hampir dead...




tahun ini juga kakliza diberikan hadiah...iaitu suami kakliza pencen dan buat masa ini dia menjadi pengurus kakliza..peneman kakliza dirumah..dijalanan jika buat demo masak...dan segala yang boleh dikira bantu...
semoga rezeki kami akan melimpah dengan baik lagi tahun yang akan mendatang...

Sekianlah....