Assalamualaikum....
Hari ini kami sekeluarga terlibat dengan aktibiti berbasikal sejauh 42 KM dari Kg Baru Kerteh ke Air Terjun Menderu melalui Kemasik nun dan petang pula berjumpa adik kakliza di Paka menyebabkan jadual kakliza agak padat dan kepenatan [al-maklumlah umur dah senja ni stamina amat kurang] jadi kakliza hanya bergembira dengan aktibiti ini ...tiada upacara memotong kek atau makan besar...
Apapun kakliza berdoa agar kami sekeluarga sentiasa didalam lindungan dan keberkatan Allah SWT..dimurahkan rezeki dan juga bahagia selama-lamanya didunia dan akhirat..Amin..
Sempena dengan usia nya yang ke 55 tahun ni maka tamatlah perkhidmatannya dengan pekerjaan rasminya...
buat masa ni dia hanya ingin membuat kerja yang difikirkan telah lama tertangguh saperti membaiki kapal terbang atau helikopter kontrol [hobinya] basikal anak-anak, baikpulih rumah..uruskan urusan belakang tabir demo masak kakliza dan sebagainya..
kakliza tak kisah cuma kami banyak menghabiskan masa bersama dirumah mengadap PC atau laptop masing-masing sambil makan/minum bersama..berbual dan berbincang tugasan membuat buku, demo masak dan sebagainya...
sekali sekala berjalan bersama ke pantai atau ambil/hantar anak ke sekolah.
nampaknya kegiatan kakliza bersama teman agak terbatas sedikit memandangkan dia di rumah cuma kakliza akan pergi juga aktibiti masjid/surau saperti biasa..InsyaAllah...
Selamat bersara juga untuk suami kak liza. awalnya dia pencen.Saya nanti pencen dulu sebelum husband sebab saya ambil pencen awal. tak tau macam mana nanti. Masih ada masa banyak lagi dan perancangan belum difikirkan. sekarang dah ada orang temankan kak liza sepanjang masa.
ReplyDeletexpe bersara awal..ley berehat dan melakukan aktiviti yg sebelom nie terbatas...saya pon kalau boleh nak bersara awal...hehe
ReplyDeleteselamat bersara - semoga sentiasa sihat walafiat
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir buat cik abang kak Liza...selamat bersara.... Semoga kehidupan semakin ceria dan banyak masa dapat dimanfaatkan dengan aktiviti2 berfaedah bersama dalam meniti usia...Semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt selalu hendaknya...ammiinnn..
ReplyDelete*kak Liza, kayuh basikal ala cyclethon ke, ala slow2 thon...hehhee...x lama lagik kayuh ke Kuantan pulak tau bila dah slim tu...hehe, jgn marah eh, nnt kena jual..muaaahhsss 1000x wat kak Liza cayang..
cayalah kak liza, masih kuat dan bertenaga.. respect betul la.. slmt ulgthn & selamat bersara buat husband kak liza.. semoga sihat selalu hendaknya...
ReplyDeletehappy b'day utk che abang kak liza,seronok la k.liza la ni..saya baru beli buku k.liza pagi tadi.bila agaknya nak habih masak semua tu..setahun x habis gamaknya...
ReplyDelete