Wednesday, February 15, 2012

Kueh Lapis Jagung


Bahan-bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam

Bahan B
1/2 cawan jagung ]
1/2 air ] mesinkan

Bahan C
1 sudu besar serbuk koko ] bancuhkan dan tapis
1/2 cawan air suam ]

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian adunan dan bahan C dalam 1 adunan lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yang akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan koko dan jagung berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. Lama dah tak melapis2 kuih ni...mesti sedap kan..:)

    ReplyDelete
  2. asslm kak...
    nmpk sedap la kuih lapis jagung tu...
    tq yea resepi...lps ni nk cuba la...

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:16 AM

    Salam, Kak Liza,

    Saya dah lama baca blog akak ni, baru ada kesempatan nk tinggal komen, resipi kuih lapis tu memang best. Saya dah try hari ni, menjadi, mmg terubat rindu kuih kat Msia sbb saya skrg kat overseas.

    Saya ada dua soalan nak tanya akak:

    1) Saya ingat nk try resipi daging prunes akak. Resipi tu guna kicap pekat, kalau saya guna kicap kipas udang boleh ke?

    2) Baru ni mak saya kirim rempah serbaguna dari terengganu. rempah tu bahan dia: ketumbar, jintan, cengkih, kulit kayu manis, buah pala, lada hitam, buah pelaga dgn bunga lawang. katanya sesuai utk gulai nasi minyak dgn kerutuk. saya tak tahu langsung macamana nak guna rempah ni, boleh akak tolong? terima kasih bebanyak

    Nazia

    ReplyDelete