Saturday, October 09, 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

kakliza dapat dalam FB...


Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.



21 comments:

  1. rasanya kalau JAKIM keluarkan status HARAM lagi senang nak pantau..kan?coz kalau HALAL, ramai pulak yang nak ciplak and tipu...

    ReplyDelete
  2. Mohon keizinan ntuk copy & paste, letak dlm blog

    ReplyDelete
  3. eh...chicken rice shop takde sijil halal ke kak ?

    ReplyDelete
  4. salam,
    saya rasa orang islam dimalaysia ni kena ada semangat keislaman dan kemelayuan yang kuat, mee dan keow teow yang disediakn carilah yang dibuat oleh bumiputra jenama Win tak pasti siapa pengilangnaybeilah dipasar tani produk bumiputra memang mahal sikit janji suci bersih dan halal

    ReplyDelete
  5. salam mama

    ayu ambil link nie yer,.bubuh dalam blog ayu

    terima kasih atas info ini..

    ReplyDelete
  6. salam kak liza..saya minta izin c & p yer pasal ni..nak sebarkan kat member-member blog..terima kasih

    ReplyDelete
  7. sy pun mintak izin nak copy ek

    ReplyDelete
  8. kakliza,mintak izin copy paste dlm blog kite ye.tq

    ReplyDelete
  9. kite pon nak copy n paste ekk kak liza...

    ReplyDelete
  10. thanks sgt2 dgn info ni...mmg amat berguna utk panduan semua...mohon juga seperti yg lain dicopypastekan ke blog.moga jadi panduan utk diri sendiri juga...

    *terbeliak biji mate tgk chicken rice shop takde sijil halal...jarang mkn situ tp kekadang mmg prefer ke situ sbb sy ni penggemar nasi ayam.tp most of the time beli nasi ayam kat gerai biase aje & stick pd 1 tempat-tmn dato harun.lebih murah-rm3.50 je, nasi banyak,ayam banyak.sedap!abg yg jual tu pun dah kenal.regular customer.mase dok puchong,sanggup balik dato harun biler terasa nak mkn nasi ayam.hehehee

    ReplyDelete
  11. Ahmad8:56 AM

    tolong la periksa dulu kebenaran sebelum post! Jangan membabi buta menyampaikan~

    ReplyDelete
  12. kak liza..izin kan copy paste ye..
    nak kongsi ngan kawan2 yg suka sgt mkn kt kedai2 mcm ni....

    ReplyDelete
  13. Anonymous12:09 AM

    mohon copy paste

    ReplyDelete
  14. Anonymous10:33 PM

    Nanti hangpa p tanya makcik jual nasi lemak daun pisang tepi jalan tu...ada sijil ke tak? Tolong la update balik blog ni...check balik status halal/ x halal/ dapat sijil/ x dapat sijil/ kena tarik sijil...

    ReplyDelete
  15. MINTA UPDATE CONTENT ARTIKEL INI KERANA BANYAK NAMA2 PREMIS MAKANAN YANG DISENARAIKAN TELAH MENDAPAT PERSIJILAN HALAL JAKIM...

    ReplyDelete
  16. Anonymous1:17 PM

    F&N dan COke syarikat yang berlainan..barang pun berlainan...mcm mane tu

    ReplyDelete
  17. Anonymous10:46 PM

    http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/316-penafian-jakim-berhubung-isu-isu-halal-di-laman-sosial

    ReplyDelete
  18. Banyak maklumat yang tidak tepat dan tidak dikemas kini. Harap semua orang peka dengan perubahan dari semasa ke semasa :)

    ReplyDelete
  19. Upperstar halal tak

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.. Bread history adakah produk pembuatan sehingga menjadi sebentuk roti itu Halal??

    ReplyDelete