Jom temui kakliza disini..
Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Wednesday, September 25, 2013
10 makanan Malaysia yang paling menggemukkan.
Sunday, September 22, 2013
Salad Burger
SALAD BURGER
Bahan
5 keping burger daging
2 biji tomato
1 batang timun jepun
1 labu bawang besar kuning [saiz kecil]
1 cawan kobis manis
1 cawan isi jagung rebus
3 biji cili merah [dicincang halus]
Bahan Sos
1 cawan mayonis
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar jus limau kasturi
Cara Membuat
1. Burger dibakar sehingga masak dan garing. Sejukkan dan potong dadu.
2. Tomato, timun, bawang besar dan kobis dipotong dadu kecil.
3. Masukkan semua bahan yang dipotong ke dalam mangkuk besar.
4. Semua bahan sos dimasukkan ke dalam mangkuk kecil dan gaul sebati.
5. Tuangkan bahan sos ke dalam mangkuk bahan yang dipotong dan gaul rata.
6. Sejukkan dan hidangkan dengan roti.
Thursday, September 19, 2013
Demo Masak di Mydin Mall Jasin
Temui kakliza dalam demo masakan di Mydin Mall, Bandar Bestari Jasin, Melaka
Tarikh : 21 September 2013 [Sabtu]
Masa : 2.00 - 3.30 petang
Tuesday, September 17, 2013
Kerabu Kobis
Bahan A
1 biji kobis manis [500 gram]
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
Bahan B
10 biji limau kasturi [diambil jus]
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
Cara Membuat
1. Semua bahan A dihiris halus dan basuh. Tapiskan sehingga kering.
2. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk kecil dan gaul sebati.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi sayur. dan gail rata.
5. Sejukkan didalam peti sebelum menghidangkan.
Pulut Nyiur Ikan Masin
teruja dengan status kenalan di alam nyata dan alam maya mengenai pulut kelapa muda dimakan dengan ikan masin..maka pagi ini kakliza sediakan untuk sarapan merangkap lunch...kes malas nak masak ni due to ada kerja mengedit nak disiapkan sebelum kakliza berjalan jauh ke Jasin, Melaka hujung minggu ini dan diikuti akan berkampung di Ekspo Buku Islam di Kuantan Parade, Kuantan minggu depan selama 6 hari..jom jumpa kakliza disana...disana..
kakliza buat secara kukus..bukan tanak dalam rice cooker untuk mengelakkan kerak yang tidak diingin didalam periuk.....
PULUT NYIUR IKAN MASIN
Bahan
2 cawan beras pulut
1 cawan air kelapa [air biasa pun OK]
2 cawan kelapa muda [kelapa putih saja]
sedikit ikan masin
1/2 cawan minyak masak
sedikit garam
Cara Membuat
1. Basuh pulut dan rendamkan selama 1 jam.
2. Tuskan pulut dan amsukkan dalam periuk kukus.
3. Kukuskans sehingga naik wap.
4. Masukkan ke dalam mangkuk dan siramkan dengan air kelapa muda yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.
5. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sehingga naik wap.
6. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan masin.
7. Bila pulut telah naik wap ambil sedikit dan gaulkan dengan kelapa muda yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
8. Hidangkan pulut dengan ikan masin goreng.
Tip
Sedap juga dimakan dengan sambal belacan atau sambal tumis/goreng ikan bilis.
Monday, September 16, 2013
Serbian ~ kucing anak dara kakliza
ini adalah Serbian atau dipanggil Serbi..ia kucing betina..umur anggaran 3 tahun
ia adalah kacukan kucing hutan dan kucing biasa..kawan anak dara kakliza [Azlina] bagi pada dia masa Serbian kecil lagi..masa tu Azlina tinggal di Shah Alam yang mana kawan serumahnya juga cat-lover....tapi bila dia balik duduk Kerteh dia pun bawa kucing ni balik juga .apabila Azlina kerja di Cyberjaya, dia berkongsi rumah dengan pelajar MMU jadi kami sepakat bela Serbi di Kerteh..
semasa Azlina sewa rumah di Kepong Serbian terkeluar dari rumah dan terus tak balik selama 3 minggu..puas Azlina mencari merata tempat..kami pun sedih juga tetapi apakan daya hanya terus berdoa supaya Serbian balik..akhirnya satu hari Azlina nampak Serbian merayau mencari makanan ..Azlina memanggil namanya dn mujur dia datang dan terus dia menangkap Serbian..badannya agak kurus dan bulunya keras..kesian dia..mungkin tak cukup makan dan tidur merata kot...
ni dalam perjalanan balik dari KL ke Kerteh..aceli Azlina ada bela 2 ekor kucing masa di KL dulu..dua-dua dia bawa balik Kerteh dan kami terpaksa bela walaupun kakliza dah pesan takmau bela kucing lagi..
setakat ini dalam kereta depa dua ni memang Ok..mujurlah tak meragam..atau buat hal/projek..tidur jer..
ni pula dalam perjalanan balik raya..Alkisahnya kami berhenti untuk buka puasa di masjid KT..asben kakliza saja suruh bawa turun Serbian tu tapi ikat lehernya dengan neck colar tu..tapi entah macam mana boleh terlepas..puaslah nak menangkapnya balik sampai akhirnya kakliza secara spontan buat solat hajat..kebetulan masa dok tunggu Serbian ni keluar dari lubang longkang tu ada sekumpulan kanak-kanak bermain mercun..kakliza minta dia baling mercun ke dalam lubang tu..apalagi Serbian tu terkejut dan terus keluar..anak-anak kakliza semua kejar dan Alhamdulillah berjaya menangkapnya semula....rupanya asben kakliza pun buat juga solat hajat supaya Serbian dapat semula..
itulah dia fadilat solat hajat...hanya yang membuatnya saja merasa nikmatnya..
rupanya kami telah berhenti tadi selama 4 jam..bayangkan lama sungguh..
akhirnya jam 11 malam baru kami mulakan perjalanan semula untuk balik beraya ke Kedah...
tetapi baru sekejap memandu asben kakliza mengantuk pula..kami berhenti rehat..tetapi kucing tu tetap tak boleh keluar kereta..
Alhamdulillah walaupun perjalanan selama 17 jam mereka 2 ekor tak membuat sebarang raga,..cuma kakliza tetap risau sekiranya dia buat projek dalam kereta..
Serbian biasanya bermain dengan Alakay..Alakay kucing jantan berumur 2 tahun..muda sedikit..dua-duanya kami telah buat pemandulan kerana bimbang asik beranak atau kencing merata..seronok tenguk mereka berlari..bermain dan bergurau..
ini adalah gambar terakhir yang kakliza ambil..
sekarang ni dah 5 hari Serbian menghilangkan diri..kakliza rasa sungguh sedih kerana biasalah bila kita sudah bela binatang peliharaan memang timbul rasa kasih yang mendalam..
kakliza hanya dapat berdoa supaya Serbian pulang semula..mungkin dia merajuk sebab ada kucing betina lain dok bertandang kat rumah kakliza..
10 Makanan Bakar Lemak [10 Foods That Burn Fat]
1. Oats
Its not
only tastes great but also reduces your hunger. Oats contains fiber which helps
and stabilizes the levels of cholesterol.
2. Eggs
Eggs are
the rich sources of proteins and low in calories. Eggs helps us to build the
muscles and develops the good cholesterol.
3. Apples
Apples are enriched with powerful antioxidants and other supplements. Most
importantly it contains Pectin which helps to reduce the fat cells in the body.
4. Green
Chillies
Green chillies contains Capsaicin which helps to develop the
body growth cells and burns the calories in quick time.
5. Garlic
Garlic contains Allicin which has anti-bacterial properties helps us to reduce
the fat and removes the bad cholesterol.
6. Honey
Honey is the best one to burn fat. Add honey in warm water and take it daily in
the early morning.
7. Green Tea
: Green Tea is the most effective one which helps you to lose weight. It
contains Antioxidants which helps and stabilizes our body weight.Take daily 2
cups of tea for a better results.
8. Wheat
Grass
It boosts our metabolism and helps to reduce the fat.
9. Tomatoes
Tomatoes helps us to burn the fat in quick time. It also helps us to stay
away from cancer. So Take tomatoes in your diet regularly.
10. Dark
Chocolate
Dark chocolate contains Flavonoids, anti-inflammatory
properties which helps to reduce the cholesterol levels in the blood. It boost
the growth of serotonin in the blood and also burns the fat.
Share with friends and family
Sunday, September 15, 2013
Buku 10 Tokoh Muslimah
ini adalah buku hasil tulisan Puan Sakinah Salleh yang menceritakan serba sedikit mengenai diri kakliza diantara 10 orang tokoh muslimah terkenal dan berjaya di Malaysia..
kakliza mengucapkan berjuta lemon terimakasih kerana kesudian Puan Sakinah menulis kisah kejayaan kakliza..rasanya kecil jer dibandingkan dengan tokoh muslimah yang lain..
antara nama tokoh muslimah yang berjaya..
pengenalan siapa Hanieliza..
idea gabungan nama..
baca..jangan tak baca...
jom cari buku ini..murah jer ..hanya RM18.00
keluaran PTS
Thursday, September 12, 2013
Gulai Tempoyak Pucuk Ubi
GULAI TEMPOYAK PUCUK UBI
Bahan A
1 ikat pucuk ubi [RM1.00]
10 helai daun kaduk [jika suka]
1 cawan terung pipit
1 genggam ikan bilis
1/2 cawan tempoyak
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Bahan B
3 btg serai
20 biji cili api
1 labu bawang besar
Cara Membuat
1. Pucuk ubi dan daun kaduk dipotong/mayang
halus.
2. Bahan B dikisar sehingga halus.
3. Masukkan semua bahan kisar, ikan bilis,
tempoyak dan santan ke dalam periuk.
4. Masakkan sehingga pekat.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Kerabu Ulam Raja
Bahan A
1 ikat daun ulam raja [digiris]
1 ikat daun ulam raja [digiris]
1 cawan taugeh [dibuang akar]
1 labu bawang besar [dihiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar jus limau
1 sudu kecil gula
Bahan B
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
2 sudu besar udang kering
sedikit belacan [jika suka]
garam
Cara Membuat
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar jus limau
1 sudu kecil gula
Bahan B
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
2 sudu besar udang kering
sedikit belacan [jika suka]
garam
Cara Membuat
1. Mesinkan semua bahan B sehingga separuh hancur.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus limau..
4. Rasakan masin & masam kerabu ini.
5. Hidangkan bersama nasi putih.
4. Rasakan masin & masam kerabu ini.
5. Hidangkan bersama nasi putih.