Friday, August 05, 2011

Murtabak Makaroni

Salam pagi Jumaat di bulan Ramadan mulia....

Hari ini kakliza tuliskan salah satu resepi yang pernah disiarkan dalam majalah JELITA Januari 2011 lalu.

Semoga dapat dikongsikan bersama.


MURTABAK MAKARONI

Bahan A

200 gram makaroni

6 biji telur

3 sudu besar minyak masak

Garam secukupnya

Bahan B [Cincang kasar]

5 batang sosej lada hitam atau keju

50 gram daun bawang

2 biji buah tomato

1 labu bawang besar

3 tangkai cili merah

2 tangkai cili hijau

Cara

1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut dan toskan. Gaulkan dengan 1 sudu besar minyak masak.

2. Sosej dipotong kecil.

3. Masukkan makaroni dan semua bahan kecuali minyak dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati.

4. Panaskan minyak dalam kuali leper tidak lekat [non-stik pan] dan masukkan bancuhan makaroni.

5. Masakkan dengan api yang perlahan sehingga adunan kelihatan agak keras.

6. Terbalikkan makaroni dengan perlahan-lahan dan biarkan sehingga masak keperangan.

7. Letakkan dalam pinggan dan hidangkan dengan sos cili dan mayonis.



4 comments:

  1. Nampak sedapnya..dh print..igt nak wat ptg ni...:)

    ReplyDelete
  2. wahhhh.... rindu nak makan murtabak... salam kenal kak liza

    ReplyDelete
  3. adoiii...terus lapar tengok murtabak ni..

    ReplyDelete