Wednesday, March 23, 2011

Aerobek ~ Our Cat

kali ni kakliza sajalah nak citer bab lain dari masak..rasa-rasanya okey la kan..
sekali sekala kita citer bab lain dari masakan....

kakliza rasa kebanyakan orang mmg suka pada binatang peliharaan [pet] ..
tak kiralah samada kucing..ikan..burung..kura-kura atau apa pun binatang peliharaan yg jinak..
begitu juga tidak terkecuali ngan kami..

aceli kakliza pernah bela kucing pada suatu masa dulu..
kakliza bawa kucing tu dari KL pada 17thn lalu..tapi sayangnya dah pun mati pada usianya 16 thn..kiranya panjang betul umur kucing tu
so kkliza rasa memang takmo bela dah kucing sebab bila balik kampung kakliza terpaksa minta tolong jiran bagi dia makan..
tapi tak disangka rupanya sifat penyayang kucing ni diwarisi oleh anak2 kakliza terutamanya anak dara kakliza..


anak dara kakliza tinggal di asrama kolej di Chendering, Terengganu..
setiap hari dia memberi makan se kor anak kucing disitu..
lama-lama kucing tu pun jinak dengannya dan tak lama kemudian kucing itu beranak pula..
dia menjaga dengan baik dan seminggu selepas beranak kolej akan ditutup..
dengan perasaan tak sampai hati ..dia memasukkan kucing tu dan 4 ekor anaknya yg masih belum buka matanya dalam kotak dan membalut dgn kain langsir untuk dibawa balik kerumah tanpa merujuk pada kami..
semasa dalam bas [dalam perjalanan dari KT ke Kerteh] ada juga org bertanya pada dia..apa dalam kotak..ada bunyi2 tu..arnab ker..
dgn senyum dia cakap..kucing dan anaknya..terkejut makcik tu...



aceli kakliza tak berapa minat nak bela dah..
tapi dia berkeras juga nak juga bela sebb asrama ditutup dan takder sapa yg nak bagi makan kucing yg tengah menyusukan anak tu..
asben kkliza pun kesian juga dan membiarkan dia melayani kucing dan anak2nya..



tulah kisah kucing anak dara kakliza..
Aerobek adalah nama diberikan oleh asben kakliza memandangkan dia berekor pendek..



Monday, March 21, 2011

Demo Masak @ Kuantan Mega Mall, Kuantan, Pahang

pada Sabtu 19 Mac 2011 jam 2.00 - 4.00 petang kakliza demo masak di Kuantan Mega Mall, Kuantan, Pahang...
yang lucunya, kakliza lupa minta suami ambil gambar masa masak...


buku resepi

pentas utama



pembeli dari Sepang/Putrajaya

pembeli dari Tawau Sabah..jauh datang membeli buku resepi kakliza..terimakasih Puan Jamilah...

pembeli dari Maran, Pahang

Demo Masak @ Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Penang

kakliza juga membuat demoa masak di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya,Penang pada Sabtu 13 Mac 2011 jam 4.00 -6.00 petang...

Sunday, March 20, 2011

Demo Masak @ KOMTAR, Pulau Pinang


pada Jumaat 12 Mac 2011 jam 2.00 - 4.00 petang lalu kakliza membuat demo masak di Kedai Buku Popular, KOMTAR, Pulau Pinang..
di sana kakliza telah berjumpa dengan Mamazieza yang sanggup datang berjumpa dan menunggu semasa kakliza masak..
Terimakasih daun keladi Mamazieza..
lenkali boleh teman lagi yerrr...

iklan demo masak

sedang masak

sedang bergaya dengan cermin untuk menunjukkan bahan yang sedang dimasak dalam kuali

dengan Dr ..pembeli buku

dengan Mamazieza

Kerabu Pelam Mertuaku




saperti yang dijanjikan kakliza ada membuat kerabu dari buah pelam yang dikutip dari pokok mertua...
banyak sungguh buahnyaaa..
sekali akak jolok..habis..tinggal yang kecik jer..zalim tak akak..
hehehheh...


geram tenguk buah ni....
besar dari sudu yang kakliza letakkan tu..anggaran hampir 1 kg sebiji buahnya..

KERABU PELAM MERTUAKU

Bahan A
1 biji buah pelam [mangga] muda ~ anggaran 500 gram
2 biji tomato [potong baji]
1 ekor ikan goreng [ambil isi saja]
2 biji limau kasturi [ambil airnya]
2 pokok daun ketumbar [cincang kasar]
1 labu bawang besar [hiriskan]
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan Tumbuk
5 biji cili merah
1 inci belacan

Cara
1. Buah pelam dikupas kulit dan disagat kasar.
2. Gaulkan semua bahan A bersama dengan bahan tumbuk.
3. Perahkan limau dan gaul rata,
4. Hidangkan.

Monday, March 07, 2011

Talam Pisang




TALAM PISANG Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan