Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Monday, March 07, 2011
Talam Pisang
TALAM PISANG Bahan Lapisan Bawah
1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning
Cara
1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
2. Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.
Bahan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan
assalammualaikum kak liza, sedapnya tgk talam ni kak...nk cuba buat la nanti..minta izin copy resepi yer kak:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Liza, sedapnya Talam Pisang ni ...meleleh air liur...satu hari nak buat jugak...
ReplyDeleteSALAM Kak Liza..........aduh sedapnya..kuih talam ni...Insyaallah nanti nak cuba..selama ni main beli aje....tentu hubby dan anak-anak suka sebab ini antara kuih favourite mereka...Thanks for sharing
ReplyDeleteakak, dh cuba buat dah...memang sedap kuih talam pisang ni...tq sharing yer..:)
ReplyDelete