Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Thursday, February 17, 2011
Monday, February 14, 2011
Happy Anniversary 30 years
Lama tak celoteh atau sembang kat blog ni..
al-maklumlah sibuk mengalahkan Wanita Pertama Dunia [ehh...ada ker jawatan tu..]
sajalah nak habaq mai..
hari ini genaplah ulangtahun perkahwinan kakliza yang ke 30 tahun...
fuhh..lama benau tuuu...Alhamdulillah...
pejam celik pejam celik dah pun 30 tahun kakliza jadi mem besau [memang besau dah pun..dari kecikmolek jadi besau gedebak ni haa..] pada Encik Suami yang handsome macho..
tempuh yang lama begini adalah memerlukan pemgorbanan yang besar..dari segi kasih sayang..kesabaran..hormat menghormati..bertolak ansur sesama sendiri..
itulah kakliza amalkan..
kakliza telah dinikahkan dengan En Mukhtarizan bin Abdul Hamid pada Sabtu 14 Februari 1981 lalu di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor... tarikh ni adalah pilihan keluarga mertua kerana masa tu asben kakliza cuti dari laut. ..Dia kerja offshore so bila keluarga dia tenguk tarikh tu dia ada d KL depa pun setkan untuk majlis nikah..masa tu mana ada kursus atau nak kena booking awal tok iman atau tok kadhi..janji semua setuju..so bereslaaaa...
aceli kisahnya boleh baca kat sini...tak larat dah nak tulis panjang lebau...
kisah anniversary ke 28 tahun
kisah anniversary ke 29 tahun
tak sangka cepat sungguh masa berlalu..dan tahun ni kkaliza naik pangkat..jadi "Datin" uuu...
kakliza bertambah gembira dengan hadirnya seorang cucu perempuan yang comel..,,makin ramai ahli keluarga la...semoga dia cepat membesar dan kakliza boleh buat main...orr..bulis sikit kan..[kalau mak dia [menantu] baca naya kakliza..hehehhehe..]
harapan kakliza kasih sayang yang telah kami bina selama 30 tahun ini akan terus bercahaya sehingga hayat kami...InsyaAllah...
semoga Allah sentiasa memberikan limpah kurnia, keberkatan dan dalam lindunganNya..
apapun kakliza amat gembira dengan klehidupan kakliza kini walaupun kekedang tu rasa macam sibuk yang teramat dengan dateline [deadline] yang boleh menyebabkan kakliza hampir dead...
Saturday, February 12, 2011
Top 50 jualan PTS
Menurut Lapuran Puan Ainon Mohd...
Alhamdulillah..Syukur pada Allah diatas limpah kurniaNya pada kami penulis PTS..dan terimakasih pada semua wargakerja PTS diatas kejayaan ini.....
tiada perkatan lain yang dapat kakliza ucapkan...TOP 50 bagi Bulan Januari 2011 Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual
Di bawah ini adalah ranking jadul-judul PTS yang terjual bagi bulan Januari 2011 berdasarkan jumlah naskhah:
1. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza (10119 unit)
2. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman (7060 unit)
3. Senangnya Memasak Puding & Desert (6712 unit)4. Senangnya Memasak Kuih Kukus (6688 unit)
5. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung ed. jimat (6453 unit)
6. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit (5960 unit)
7. Cita Rasa Malaysia: Kedah (5852 unit)
8. Cita Rasa Malaysia: Perak (5518 unit)
9. Dahsyatnya Doa Ibu (5505 unit)
10. Senangnya Memasak Nasi (5293 unit)11. Senangnya Memasak Ayam (5139 unit)
12. Motivasi Alihan Pelajar Gaya Smart Study (5046 unit)
13. Senangnya Memasak Ikan (5016 unit)
14. Impiana: Boxset (4893 unit)
15. Puteri Tudung Bermanik (4788 unit)
16. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah (4760 unit)
17. Puteri Kemilau Cahaya (4586 unit)
18. Cita Rasa Malaysia: Pahang (4227 unit)
19. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang (4150 unit)
20. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh (4145 unit)
21. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah (4065 unit)
22. Hidangan Terbaik Dunia: Thailand (3938 unit)
23. Hijrah (3928 unit)
24. Impiana: Finale (3707 unit)
25. Impiana: Misteri Terbongkar (3700 unit)
26. Rahsia Cinta Segitiga Rasulullah (3662 unit)
27. Koleksi Cerita Adam Kecil (3632 unit)
28. Senangnya Memasak Makanan Barat (3604 unit)
29. Cita Rasa Malaysia: Melaka (3604 unit)
30. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu (3545 unit)
31. Senangnya Memasak Sambal & Sos (3484 unit)
32. Cita Rasa Malaysia: Terengganu (3471 unit)
33. Cita Rasa Malaysia: Negeri Sembilan (3450 unit)
34. Kamilah Kembar Diraja (3441 unit)
35. Cita Rasa Malaysia: Sabah (3440 unit)
36. Senangnya Memasak Daging (3435 unit)
37. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib (3363 unit)
38. Senangnya Memasak Kerabu & Salad (3360 unit)
39. Komik-M: Dear Yayah The Comics 2 (3351 unit)
40. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar (3311 unit)
41. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan (3281 unit)
42. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau (3266 unit)
43. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang (3057 unit)
44. Koleksi Nama Anak Terindah (3030 unit)
45. Agenda Yahudi Menakluk Dunia (3019 unit)
46. Komik-M: Shootz! 3 (2931 unit)
47. Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis (2913 unit)
48. Lelaki Berbaju Biru (2913 unit)
49. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa (2912 unit)
50. Akukah Cinderella Itu? (2903 unit)NOTA: Istilah 'terjual' di sini bermakna buku itu keluar dari gudang PTS dan dihantar kepada agen dan kedai-kedai buku.
Informasi ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.
Monday, February 07, 2011
Sambal Goreng Ikan Bilis
SAMBAL GORENG IKAN BILIS
Bahan
1 biji kentang [potong kecil]
1 cawan ikan bilis kecil
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
minyak
garam
Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara memasak
1. Gorengkan kentang sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gorengkan pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan juga.
3. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula.
4. Bila dah naik minyak dan pekat masukkan ikan bilis dan kentang tadi.
5. Gaul rata dan angkat dari kuali.
6. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sayur lemak kobis.
Nota.
Boleh gantikan kentang dengan tempe yang digpotong kecil dan gorengkan garing.