Sunday, November 14, 2010

Sosej & Telur Hancur

Salam Ahad...
pagi ni hujan..cuaca agak sejuk..
nak g cari roti canai pun malas jer nak keluar...
so kakliza pun godek-godeklah sosej dan telur..makan dengan roti bun sosej...

SOSEJ & TELUR HANCUR

Bahan
3 batang sosej ayam [potomg kecil]
2 biji telur [pukul sedikit]
1 pokok kecil brokoli [potong kecil]
1 labu bawang besar ]
2 biji tomato ] potong dadu
2 biji cili merah ]
1 sudu besar minyak
garam secukupnya
cili sos
sos mayonis /thousand island
roti bun sosej [belah tengah]

Cara
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar.
2. Masukkan sose, brokoli dan cili. Gaul rata.
3. Masukkan telur dna biarkan keras sebentar. kacau supaya bergaul rata.
4. Angkat dan masukkan dalam roti bun sosej.
5. Hidangkan dengan sos cili dan sos mayonis/thousnad island.


1 comment:

  1. Salam kunjung ziarah kak Hanieliza ..... wahhhh nampak sedap la sosej dan telur hancur tu lebih2 lagi kena plak dengan roti tu ..... cam nak cuba je petang ni ..... boleh lah wat buka puasa petang nanti ....

    ReplyDelete