Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Saturday, November 13, 2010
Bendi Rebus & Sambal
Salam.. le ni banyak dapur dok tayang Bendir rebus dan Sambal..
aceli 3 minggu lalu kakliza ada buat kelas [bengkel masak] untuk peserta dari PLPP Jerteh, Terengganu..
antara menu yang dimasak adalah Bendir rebus dan Sambal..
kkliza ada ambil gambar tetapi tak berapa cantik..
so 3..4 hari lalu kakliza pun ulang masak sayur itu..
BENDIR REBUS & SAMBAL
Bahan A
500 gm bendi kecil [potong hujung]
1 liter air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak
1 cawan ketulan ais
Bahan B
10 tangkai cili merah ]
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mesin kasar
1 sudu besar udang kering ]
1 sudu kecil belacan ]
3 sudu minyak
garam
Cara
1. Masukkan semua bahan A kecuali bendi dan ketulan ais dalam periuk dan panaskan sehingga air mendideh.
2. Masukkan bendir dan biarkan selama 5 minit.
3. Angkat bendir dan amsukkan dalam mangkuk yang tersedia ketulan ais. Biar sekejap.
4. Toskan dalam tapiskan. Susunkan dalam pinggan hidangan.
5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan ayng dimesin sehingga naik minyak.
6. Masukkan garam dan kacau rata.
7. Tuangkan atas bendir dan hidangkan.
salam kak liza,nak tanay,apa guna ais tu ye?
ReplyDeletemeh saya tolong jawapkan..boleh yer kak liza
ReplyDeleteais tu untuk memberhentikan proses masak bendi yang dah dicelur tadi supaya bendi tadi tak berterusan masak bila dikeluarkan dari air rebusan.So bendi tadi jadi rangup dan tak lenbik disebabkan terlebih masak kalau kita tak rendam dalam air ais. cam tulah lebih kerang.TQ