Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Thursday, August 26, 2010
Donut
DONUT
Bahan A
600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan
Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
60 gm majerin
1 s/k bread softener
Bahan C [untuk goreng donut]
500 ml minyak
1 s/b majerin
Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.
Nota:
semasa mencanai doh..memang harus bermain dengan tepung...macam mandi tepung tangan tu...
boleh juga dihiaskan begini...
salam...
ReplyDeletesedapnya donut ni kak...lm dah tak bermain dgn tepung ni...hehe
sedapnya...nk wat jugak la...
ReplyDeletebukak page k liza nih mmg nk cari resepi buat donut, sbb my little hero love donut so much! skali bukak je mmg terus papar resepi donut tak payah cari2 lg..sgt la sronok..tq kak 4 sharing...wiken ni nk try buat la..sok cari barang..
ReplyDeletesalam kak, maaf tanya...brape byk anggaran donut yg kita boleh dpt dari 1 adunan donut? tq
ReplyDelete