Cendol
CENDOL
Bahan:
3 cawan jus pandan + pewarna hijau
[gunakan 10 - 15 helai daun pandan]
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur
secubit garam
Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan dalam kuali /non-stik wok sehingga naik wap dan kental. [Sentiasa kacau supaya tidak hangus]
3. Sediakan mangkuk berisi air sejuk atas meja.
4. Tekan atas acuan berlubang.
[Kak liza gunakan senduk berlubang dan tekan dengan senduk biasa]
5. Sediakan air gula merah dan santan untuk makan cendol.
[Boleh gantikan air soya/susu cair atau air bandung untuk makan cendol]
hissshhh... semalam nampak kat rumah hana, ni kat sini lak... macam nak kena buat jerk...
ReplyDeleteAlamak kak liza...cendol juga,huihh sana sini,cendol ni...buat terliur ja ni..nak kena buat jugak ni
ReplyDeletesaya pernah buat 2 minggu lepas, susahnya kak...
ReplyDeletenak cuba resipi akak pula.. masa tu cari juga kat sini tp belum ada..
kakliza buat cendul ni pertama kalinya masa anak2 kecil sangat..
ReplyDeletethen tulis dalam forum CARI pada tahun 2005.. http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=157674&extra=&page=1