Wednesday, February 11, 2009

Siakap Sweet-Sour


anak-anak kakliza tak makan pedas semasa diaorang kecil dulu..
so kakliza mmg selalu masak lauk yg tak pedas..
antaranya...



Sweet-Sour Ikan

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

3 comments:

  1. siti.8:35 PM

    kak liza salam........saya dapat address ni dari minngguan malaysia 2 or 3 bln lepas.rasa saya ikan tu d lumur garam n tepung jagung....saya dah cuba memang garing n rangup.....maaf ye....nak berkongsi pengalaman jer..........anyway saya suka blog ni.boleh buat rujukan.senang gitu....terima kasih.kak.

    ReplyDelete
  2. Slm Kak Liza, resepi Siakap 3 Rasa tak de ke? Saya dah cari mcm tak de je..Kalau ada diharapkan dpt dikongsikan..

    tq

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kongsi resepi ni. Like it

    ReplyDelete