Pes Ikan Bakar
Bahan-bahan A
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 s/b udang kering
1 s/b belacan
5 batang serai
Bahan B
1 kuntum bunga kantan [hiriskan halus]
daun kesum
daun limau purut [koyakkan]
1 s/b gula
1 s/k garam
1/2 cawan jus asam jawa
Minyak
Cara membuat
1. Mesin halus senua bahan A.
2. Panaskan minyak dana tumiskan bahan A sehingga wangi
3. Masukkan Bahan B dan kacau rata.
4. Rasakan garam dan biarkan sehingga pekat.
5. Bila siap masak, sejukkan dan simpan sebagai pes untuk membakar ikan atau nasi goreng.
No comments:
Post a Comment