Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Wednesday, February 11, 2009
Nasi Lemak
Bahan2
1 kg beras AAA [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul]
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka
Cara
1. Masukan semua bahan dlam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan
250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sket belacan ]
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis
Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat.
salam kak liza...
ReplyDeletemakasih bebanyak sebab posted resipi nasi lemak ni. saya cuba dan sambal nye mendapat pujian. sebelum ni saya mmg tak pandai langsung masak sambal bilis.
thank you so much. saya mmg follower blog kak liza forever..
wow memg best ler nasi lemak 2..bila k. liza nak turun ke Universiti teknologi petronas tronoh.boleh ajar pelbagai resepi.
ReplyDelete