Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Thursday, February 26, 2009
Muffin Kopi Coklat Cip
MUFFIN KOPI COKLAT CIP
Bahan A
350 g tepung gandum
3 s/k baking powder
1/2 s/k garam
200 gm gula perang
Bahan B
150 ml minyak jagung
250 ml susu kopi..[akak gunakan dutch lady]
1 s/k nescafe
1 biji telur [dipukul sedikit]
1 s/k esen vanilla
coklat cip secukupnya
kertas muffin
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 180'C [api atas bawah] selama 15 minit.
2. Ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk.
4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk bahan A dan kacau rata gunakan senduk kayu.
5. Alaskan kertas muffin dalam muffin tray atau muffin/pie mould.
6. Masukkan adunan dalam kertas muffin dan hiaskan coklat cip secukupnya.
7. Bakar selama 20 minit.
8. Sejukkan dan boleh dihidangkan.
Assalamu'alaikum. Saya ada pertanyaan ni. 1.Boleh tak 'baking powder' digantikan dengan 'raising agent'. Tu mcm tepung juga, 2.Gula perang pula,boleh ganti dgn gula biasa je? 3. Minyak jagung boleh digantikan dgn minyak bunga matahari tau olive oil tak?
ReplyDelete*atau
ReplyDelete