Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Wednesday, January 21, 2009
Serunding Daging
Bahan-Bahan:
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]
Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)
Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang tiga cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering.
5. Sejukkan dan simpan.
a'alaikm Puan, sy mohon copy resepi ni sbb mak sy minta sy cari resepi nak buat dgg siat katanya...minta halal ye..
ReplyDeletetq...
Saya suka semua jenis serunding , tak kira samada serunding daging , serunding ayam atau serunding ikan. semuanya best2 blaka ! Nak buat sendiri x pandai walau ada resepi depan mata.. last2 beli jer ! Tapi x per lah yang penting dapat rasa serunding tu. hehe.
ReplyDeleteTerima kasih kerana share resepi. Saya dapat mencuba di perantauan (Australia). Moga Allah melindungi Puan sekeluarga and membalas jasa. Stay safe.
ReplyDelete