masa cuti Krismas dan Maal Hijrah bebaru ni semua anak2 kakliza balik rumah..
kebetulan Azlan pun membawa balik kawan2 kolej nya berkunjung ke Terengganu..
ada saja aktibiti yg dirancangan oleh 5 beradik tu..
antaranya jalan2 di Mesra Mall Kerteh yg dibuka bulan September 2008 lalu, buat BBQ dan juga mandi di tempat perkelahan yg pemes d Kerteh..
kami mandi di Air Terjun Menderu yg jauhnya kira-kira 8 km ke dalam kaki bukit berhampiran rumah kakliza..
anak2 kakliza nak mandi diatas bukit kerana kolam disitu lebi luas dan dalam sedikit..
seronok depa nak buat terjunan..
untuk sampai kesitu terpaksa mendaki bukit dan melalu sebatang kayu yg jadi jembatan..
aduh seram sejuk kaki kakliza bila menyusuri batang kayu yg melintang anak sungai tu..
udahlah kayu tu sebatang..tiada tempat berpaut.. tinggi pulak tu..dibawahnya banyak batu2..
jom kita tenguk...
No comments:
Post a Comment