Saturday, January 17, 2009

Buah Tembikai


Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong).
Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua.

Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua.
Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air.
Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi.
Ada juga varieti yang tiada biji.

Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah.
Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat.
Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam.
Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu. .


Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima banyak cahaya matahari.
Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.
Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur.
Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport.
Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.

Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus.
Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak.
Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.
Buah ini boleh didapati sepanjang masa dan harganya adalah murah dibandingkan dengan buah-buahan lain.


1 comment:

  1. Very nice post about current issue and artis gossip..I like ii because i like gossip LOL

    ReplyDelete