tak lama dahulu [bukan dahulu kala yerrr....] kak liza ada buat kueh rengas atau kueh kacang hijau atau kueh kasturi [bukan Hang Kasturi jaman Hang Tuah yer... ]kerana anak sulong kak liza suka makan ..
kakliza saja buat lebih ..pastu gorengkan sikit dan frozenkan..
bila nak makan..just defrostkan dan gorengkan sekali lagi untuk mengaringkan kueh tu...
kadang-kadang kalau kakliza buat bubur kacang jika ada lebih pun kakliza just campurkan dengan kelapa parut muda dan tepung gandum..
pastu buatkan doh menjadi bulat dan leperkan..
tapi agak susah sikit nak sukat sebab ni main agak2 jer...
almaklumlah lebihan bubur kacang...
KUIH KACANG HIJAU
Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum
Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng
Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.
mesti pakai tepung gandum ke???????
ReplyDelete