Friday, February 01, 2008

Kerutup Daging

ini juga salah satu dari masakan terengganu yg bakal masuk majalah SAJI...



Bahan
1 kg daging
1 biji kelapa [3 cawan santan]
3 s/b kerisik [1/2 biji kelapa digoreng dan kisar]
3 s/b rempah kerutub
2 s/b gula merah
1 inci kulit kayu manis
3 s/b minyak
1/2 cawan air asam jawa
garam

Bahan Mesin
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas

Cara
1. Daging dipotong jangan terlalu kecil atau besar. Basuh dan toskan.
2. Bancuh bahan mesin dengan rempah kerutup.
3. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
4. Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
5. Masukkan daging dan kacau rata.
6. Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.
7. Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
8. Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.


NOTA:
Rempah Kerutup ni kakliza gunakan REMPAH KERUTUP ADABI..packet besar..
tapi kalau kat Kelantan atau Terengganu rempah kerutub mmg mudah didapati dipasar2 atau kedai runcit..

2 comments:

  1. bestnyer k'lieza...suka nengok resepi2 akak...anyway, selamat berkenalan. klo sy lalu kot terengganu, leh singgah ek!

    ReplyDelete
  2. Bila masanya nak masukkan kerisek ni kak? Sorry tanya. Sebab nak buat tadi baru perasan x ada olak dinyatakan bila kerisik perlu dimasukkan. Tadi saya main belasah je. Entah jadi ke tidak, ni 1st time nak buat sendiri. hehehe

    ReplyDelete