Simple recipes prepared with love... specially dedicated to my dearest family and friends.....
Monday, January 28, 2008
Puding Coklat
kakliza gunakan serbuk agar-agar ini..
selalunya jika kakliza buat dadih, no-bake cheesecake dan puding InsyaAllah tak jadi lembek atau bermasalah..
serbuk ini kkliza beli di kedai runcit berdekatan rumah kakliza dengan rege RM1.50 sepaket..
tapi jgn terperanjat yer..kakliza beli 1 papan yg digantung kat kedai tu sebab kekadang tu bila nak beli/guna stok habis...
kiranya kkliza tak pernah habis stok laa...[atau dikirakan kkliza macam kedai runcit jugak....hahahha]
PUDING COKLAT
Bahan
10 gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula
1 s/b serbuk koko + 1/2 cawan air [dibancuh dan tapiskan]
1 liter susu coklat DUTCH LADY
1 tin fruit koktel
Cara
1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
3. Masakkan sehingga mendideh sekejap. Tutup api.
4. Masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan dalam acuan dan sejukkan dalam petisejuk.
6. Bila menghidang taburkan fruit koktel.
No comments:
Post a Comment