Thursday, June 03, 2010

Serimuka dalam Springform



Salam buat adik-adik sekelian..
hari ini kakliza telah buat projek SERIMUKA..
kakliza gunakan loyang ciskek atau dikenali dengan nama springform pan..
ini adalah kerana kakliza rasa senang nak buka loyang dan keluarkan kueh dan senang nak dipotong..


Alhamdulillah kakliza berjaya...

KUEH SERIMUKA


Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


13 comments:

  1. Anonymous9:06 AM

    salam kak liza, kalau guna santan yg beli siap perah dah tu nak buat mcm mana utk cair & pekat utk sukatan 2cwn tu.

    ReplyDelete
  2. Salaam akak.... Cantik je jadinya serimuka akak tu. Agaknya kalau kita buat serimuka jadi macam akak buat ni...tambah berseri seri muka kita! Hihihi

    ReplyDelete
  3. salam k liza...kenapa serimuka saya tak lekat atas dgn bwh?

    ReplyDelete
  4. >> Anonymous
    kalau beli santan siap perah tu..untuk 2 cawan tu..gunakan 1 cawan santan pekat dan tambahkan 1 cawan air...

    >> MamaFami..
    kalau Mama buat lagilah ebrseri-seri kueh dan muka Mama...

    >> Linda..
    untuk melekatkan lapisan atas tu cuba cakar atau cucukkan sikit permukaan pulut tu..

    ReplyDelete
  5. saya mesti cuba resepi ni... memang suka sangat dengan kueh seri muka ni...

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:49 PM

    salam,kak liza kenapa saya buat yang lapisan atas tu bila kita campur semua bahan2 tu n masak atas dapur bahan2 tu semua jadi berketul2 la mmg jadi xcantikkkkk la kak.ker kita kena belender dulu bahan2 tadi baru masak kejap ats dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:32 PM

      kena blend bhn2 tu bru x berketul..

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, terima kasih share resepi ni. Kesukaan somi ni..jadi isteri yg baik ni nak try buat ikut resepi ni utk berbuka petang ni..(^_^). tq kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..semoga serimuka pusn berseri-seri hendaknya....

      Delete
    2. Wslm..semoga serimuka pusn berseri-seri hendaknya....

      Delete
  8. Anonymous10:51 AM

    Jus pandan tu apa ya.ke perisa pandan tu.tp 1cawan mcm pelik la kalau guna perisa pandan dlm botol kecik tu.

    ReplyDelete
  9. halumi langkawi11:34 AM

    Salam akak.kalau sy tak letak tepung kastard,seri muka ini akan menjadi macam mana.sb sy tak gemar tepung kastard

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete