Monday, July 15, 2013

Kerabu Mangga Ikan Bilis

KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan
 
2 biji mangga muda [diparut isinya] 
1 biji timun [dibuangkan biji tengah dan parutkan ] 
1 biji lobak merah [diparut]
3 batang serai [dicincang halus] 
2 labu bawang besar [dimayang ] 
2 tangkai cili merah 
2 tangkai cili hijau 
1 cawan ikan bilis 
2 cawan minyak masak
3 sudu besar jus limau 
1 sudu kecil gula 
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tuskan.
2. Masukkan semua bahan yang dihiris atau diparut ke dalam mangkuk besar. 
3. Bancuhkan jus limau dengan gula dan garam. 
4. Tuangkan ke dalam mangkuk dan kacau rata. 
5. Taburkan ikan bilis goreng semasa menghidangkan.

1 comment: