Thursday, February 28, 2013

Peria Goreng

Gara-gara terliur Peria Goreng di Shah Alam semasa kakliza ke rumah anakkakliza kerana jemputan demo masak di Ekspo Buku Islam 6 di Putrajaya baru-baru ini...
tapi kakliza lebih suka masak begini..



PERIA GORENG

Bahan A
1 biji peria
2 biji telur
3 sudu minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B [Dikisar]
4 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara Membuat

1. Peria bibelah dua dan buangkan biji didalamnya. Hiriskan sederhana tebal.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan B yang telah dikisar dan garam sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan peria dan telur. Biarkan sebentar suapaya telur agak kental.
4. Kacau perlahan-lahan supaya peria tersalut telur.
5. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.



5 comments:

  1. Kak,

    ada satu kedai halal chinese food @seremban2 masak dia guna telur masin.. cuma nampak oren2 jer.. tak tau ler dia pakai kuning jer atau semua.. tapi rasa dia memang sedap giler.. akak try ler.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:17 AM

    Hey there just wanted to give you a brief heads up and let you know a few of the images aren't loading correctly. I'm not sure why but I think its a linking issue.

    I've tried it in two different internet browsers and both show the same outcome.

    Also visit my page; buy twitter followers cheap

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Hanieliza.
    Lama tak makan peria masak macam ni. Sedap..terasa2 pahitnya tu.

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:55 PM

    Campur sedit belacan. Cuma guna putih telur sahaja.

    ReplyDelete