Thursday, February 28, 2013

Peria Goreng

Gara-gara terliur Peria Goreng di Shah Alam semasa kakliza ke rumah anakkakliza kerana jemputan demo masak di Ekspo Buku Islam 6 di Putrajaya baru-baru ini...
tapi kakliza lebih suka masak begini..



PERIA GORENG

Bahan A
1 biji peria
2 biji telur
3 sudu minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B [Dikisar]
4 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara Membuat

1. Peria bibelah dua dan buangkan biji didalamnya. Hiriskan sederhana tebal.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan B yang telah dikisar dan garam sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan peria dan telur. Biarkan sebentar suapaya telur agak kental.
4. Kacau perlahan-lahan supaya peria tersalut telur.
5. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.



Thursday, February 14, 2013

Happy 32nd Anniversary to Us



ALHAMDULILLAH..syukur pada ALLAH SWT...
Genaplah sudah 32 tahun perkahwinan kami. ..pada 14.2.1981 [tarikh ini dipilih oleh mertua kakliza]...
doa kakliza semoga kami sentiasa bahagia hingga ke syurga...
dikurniakan anak-anak dan menantu serta cucu yang soleh dan solehah..
berjaya didunia dan akhirat..
Aamiin...

Untuk mencapai jangkamasa yang panjang ini bukanlah satu perkara yang mudah..
segala ombak besar kecil rumahtangga kami tempuhi dan setakat ini berjaya menghadapi dengan baik..
Alhamdulillah..

Apa yang kakliza perhatikan adalah kesabaran yang tinggi perlu ada didalam setiap pasangan..
menerima seadanya kelemahan dan cuba memperbaiki dari masa ke semasa..
perlu menghormati sesama sendiri..keluarga mertua..dan bersikap jujur...

Kini setelah 32 tahun bersama kami semakin matang dan mengenali antara satu sama lain..
apa yang diharapkan kami akan sentiasa bercinta lagi sehingga akhir hayat..dan seterusnya ke syurga jannah..